awalluddin ma’rifatullah..
man ‘arafa nafsahu arafa rabbahu..
tak kenal maka tak cinta..
tauhid rububiyyah..uluhiyyah..asma’ wa sifat..
| Saiful on retorika hati.. | |
| Rizal on Al-Isra’ wal-Mi… | |
| inijalanku on Hadith Tsulasa’: Renungan tent… | |
| idia_idawsa on Hadith Tsulasa’: Renungan tent… | |
| JHaZKiTaRo on Hadith Tsulasa’: Renungan tent… |
‘dan jika kau bersikap keras hati terhadap mereka, pasti mereka akan lari dari mengelilingi kau..’
Islam itu mula berkembang dari sebuah pusat/centre. Pusat tersebut merupakan our beloved murabbi, Muhammad SAW. Rasulullah SAW ditarbiyyah oleh Allah secara sistematik dan kemas, sehingga kita di era ini mampu untuk memahami sistem tersebut dengan mengkaji. Sehinggakan pemuda baik tersebut berupaya memimpin alam. Tarbiyyah Allah ini meledakkan segala potensi yang terdapat pada diri Muhammad b Abdullah, sehingga beliau menjadi role model manusia mana2 zaman dan tempat dalam setiap aspek kehidupan. Tarbiyyah Allah ini juga memampukan Rasulullah untuk memilik daya penarik, sehingga manusia2 berkumpul di sekitar baginda dan terkesan dengan baginda. Bacalah Men Around The Messenger.
Persoalannya, bagaimana Islam terus berkembang dari sekitar batang tubuh Rasulullah SAW sehingga kita yang hidup beribu2 kilometer dari Kota Mekkah dan 1400 tahun dari era Mekkah masih boleh terkesan dengan diri Rasulullah SAW.
Jawapan terbaik setakat ni kerana pusat2 perkembangan Islam itu terus muncul di mana2 era dan tempat. Apa pusat perkembangan Islam, Pusat Islam ke, Jabatan Agama ke, Masjidil Haram ke, Masjidil Aqsa ke, Masjid Shah Alam ke? Pastilah pusat berkembangnya Islam sama seperti pusat berkembangnya Islam di zaman Rasulullah : seorang manusia!
Islam berkembang apabila ada manusia yang mampu menarik manusia lain ke sekelilingnya demi untuk memahami Islam. Maka soalan seterusnya, apa daya penarik anda?
Rasulullah mempunyai daya tarikan kerana ditarbiyyah Allah. Anda?
Moga-moga ana wa anta tertarik dengan risalah Islam.
Jagalah hati ana wa anta..

In Tadabbur on November 27, 2007 by harithroslizar
awalluddin ma’rifatullah..
man ‘arafa nafsahu arafa rabbahu..
tak kenal maka tak cinta..
tauhid rububiyyah..uluhiyyah..asma’ wa sifat..
View more by category: Tadabbur (12), Ramadhan (6), Ummah Issues (4), Politics (4), Pengurusan (3), ArRaqaiq (3), Quotes (3), 1 (3), Medicine (2), Ukhuwwah (2). Or by month: November 2009. Or visit the Complete Archive.