
In Quotes on June 18, 2009 by harithroslizar

‘Kita tidak berkumpul untuk saling membenci.
Kita berhimpun untuk berkerja sama memikul kesukaran perjalanan.’
Biar apa pun kesukaran itu.
Biar lama mana sekali pun masa diambil untuk memikul kesukaran itu.
Kerana perjalanan ini perjalanan yang satu.
Perjalanan yang menghimpunkan mereka yang tidak mahu saling membenci. Mereka yang mahu saling sayang.
Inilah kita. Anda tahu siapa kita.


Salam revival..
Dah habis exam..mencari kerja yang boleh dibuat setelah seminggu-dua rehat dari kehidupan normal..faiza faraghta fansob firman Allah Taala dalam Surah Alam Nasyroh.
Winter break dah datang. Kali ni break seminggu je. Shbt2 ada yang break seminggu jugak. Ada yang 2 minggu, ada yang sebulan. Tak mengapa. Bukan tempoh masa yang penting, buat apa dengan masa yang penting. Hidup ni memang begitu. Sebuah masa di antara 2 masa. Masa lahir dan masa mati. Memang mati dan hidup diciptakan Allah untuk nilai bagaimana kita guna masa. Allazi khalaqal mauta wal hayata liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala firman Allah Taala dalam Surah AlMulk.
Kata penghimpun wirid2 sahih Al-Ma’thurat, al-waqtu huwal hayah. Masa itu kehidupan. Maka, orang yang buang masa adalah orang buang kehidupan? Memang biase. Memang ramai orang Islam buang kehidupan. Segelintir je yang tak buang kehidupan. Lumrah kehidupan.
Bagi yang segelintir. Selalunya buat aktiviti bermanfaat a.k.a program. Bagus buat program. Program bukan sebarang aktiviti. Sebab aktiviti ada macam2. Aktiviti jalan2. Aktiviti-rileks. Aktiviti berpersatuan. Aktiviti membaca. Program bukan sebarang aktiviti. Aktiviti Program mesti ada manfaat. Buat apa buat aktiviti tapi takde manfaat. Buat apa buat aktiviti kalau ada manfaat, tapi manfaat dia bukan untuk Islam. Buat apa buat aktiviti, tapi syok sendiri. Syok sendiri? Yer. Personal Legacy? Yer. Buang masa. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bermanfaatkah?
Program. Prof Wiki define Program itu : An organized list of instructions that, when executed, causes the ‘computer’ to behave in a predetermined manner. Wah. Program TV bagaimana?
Program. Kenapa buat program? Program ada asal-usul. Program TV pun ada asal-usul. Bukan nak bincang tentang asal-usul Program TV. Tapi asal-usul Program. Supaya tahu kenapa berprogram.
Program merupakan satu usaha menghidupkan kembali ummat. Supaya diisi masa antara 2 masa dengan bermanfaat. Program merupakan satu usaha melawan program2 yang terus membunuh umat. Kita berprogram, mereka berprogram. Siapa mereka? Mereka orang yang susun program untuk membunuh Islamic Values dalam batang tubuh umat ini. Mereka adalah orang yang membelah-belah tubuh umat ini. Seperti First Incision. Maaf. First Incision. Mereka adalah orang yang inject dalam batang tubuh umat ini values yang hampeh (read:hampas). Program adalah untuk hidupkan kembali ummat dengan inject semula ke dalam batang tubuh umat ini Islamic Values. Values dari Al-Quran dan As-Sunnah. Values Tuhan Azza Wa Jalla. Ya. Values Tuhan. Tuhan VS Manusia siapa menang?
New Values. New Men. New Ummah. Mari berprogram.
Winter Trip. Winter Retreat. Cold Hands Warm Hearts.
Brrrrrr……
on June 18, 2009 by harithroslizar