Post

retorika hati..

In Puisi dan Senihati on August 15, 2009 by harithroslizar

Sahabatku..

Adakah kau tidak menyedari hakikat kejadianmu..

Bagaimana pula dengan deretan nikmat2 Tuhan yang ghairu mamnun personalized untuk dirimu..

Adakah kau tidak mendengar dengan telingamu.. melihat dengan matamu.. merasai dengan hatimu..

Bagaimana pula dengan trailer2 Tuhan yang membayangkan kemenangan personalmu..

Sahabatku..

Kau bukan insan yang dianak tirikan..

Kau bukan jugak insan yang dicacatkan..

Kau bukan jugak insan yang tidak cukup makan..

Kau masih bukan insan yang diberikan UJIAN demi UJIAN..

Sahabatku..

Bukankah kau membaca lembaran2 Al-Quran..

Bukankah kau dikurniakan sahabat2 yang setia..

Bukankah kau yang sering diberikan ruang dan peluang..

Bukankah kau jugak yang selalu dipentingkan..

Sahabatku..

Mengapa perlu merosakkan keimanan kau dan aku..

Mengapa perlu digugurkan jambatan ukhuwwah ini dengan bentak2 kasarmu itu..

Mengapa perlu dicemari kepercayaan dengan hilaian ketawa mempermain2kanmu itu..

Mengapa perlu memberhentikan usaha murni kita ini di sini…

Sahabatku..

Bukankah kau telah fahami bahawa hidayah ini tidak datang terlalu banyak kali..

Bukankah kau tahu jalan jauh ini masih kelihatan garis permulaannya..

Bukankah kau telah yakini bahawa ujian2 itu memang  didesign untuk meningkatkan martabat dirimu..

Bukankah kau jugak yang saban kali menangisi dan menyesali kesilapan2 dirimu..

Sahabatku..

Ayuhlah kembali kepada jalan Tuhanmu yang satu..

Ayuhlah kita tautkan kembali perasaan suci dan salim di hati..

Ayuhlah kita berpimpinan tangan bertakaful dan bertaawun menuju hadaf ilahi..

Ayuhlah kita realisasikan semula hakikat kehidupan ini..

Sahabatku..

Engkau dan aku, telah lama bersatu..

Engkau dan aku, telah sering berpisah bertemu..

Engkau dan aku, bukanlah milik engkau dan aku..

Engkau dan aku, ada tuan yang satu..

Tuhan Yang Satu..

Sahabatku..

Engkau sahabatku..

Ini retorika hatiku..

Ampunkan aku..

Aku kasih padamu..


baitussyifa’

2.12pm 150809

One Response to “retorika hati..”

  1. Saya cuba slow2 yer… ;) Rindu kawan semua…

Leave a Reply