Penungguan itu sebuah penyiksaan.
Ada benarnya. Jika yang ditunggu bernilai duniawi, jiwa pasti terseksa. Tapi kalau yang ditunggu itu bernilai Syurga, jiwa pasti tenang.
Menunggu benih tumbuh perlukan kesabaran. Kesabaran adalah syarat datangnya hasil. Jiwa-jiwa yang tenang dan khusyuk akan mampu bersabar. Firman Allah yang bermaksud ‘Mintalah pertolongan dengan bersabar dan solat, sesungguhnya ini sangat berat/susah kecuali untuk orang-orang yang khusyu’ (focused).’ Buat penyemai2 benih, bersabarlah kalau nak merasai hasil.
Selain bersabar, meneruskan usaha menyemai lagi adalah rahsia ketenangan jiwa. Masa itu sebahagian dari rawatan. Biarkan benih pertama berkembang, terus tanamkan benih kedua dan ketiga dan keempat dan seterusnya..Allah menyarankan kita terus beramal bila selesai sebuah amal. Nanti, bila tiba masanya, benih pertama akan bertunas, inshaAllah. Istighfarlah ketika itu. Sebelum itu, sebut alhamdulillah banyak2 kerana dikurniakan peluang menjadi penyemai benih.
Manusia hari ini ada hampir 7 billion. Muslim pada nama sekitar 2 billion. Hampir 300 juta dari mereka di Asia Tenggara. 15 juta di Malaysia. Yang muda sekitar 5 juta. Yang cerdas, produktif, berani dan ikhlas ada berapa? Cari yang ini dulu, mereka benih awal.
Kajilah seerah, anda tidak akan tertipu.
Kajilah seerah dengan objektif, anda akan banyak belajar.
Kajilah seerah, anda tidak akan menunggu.
Hari ini, majority manusia menunggu. Majority manusia jahil agama. Menunggu itu jahil agama? Kenapa kita nak menunggu jugak. Jadilah yang mengejar. Yang mengejar itu benar.
..dan datang sakaratul maut itu sebagai suatu yang pasti, itulah dia perkara yang kau sering cuba larikan diri…









