Mimpi KITA
May 27, 2010 Leave a Comment
Ikhwah Akhawat yang ana sayangi kerana Allah.
Perasaan berkasih sayang dan saling rahmah merupakan syi’ar mujahid da’wah dan pengukuh soff da’wah KITA. Dan tingkatan cinta ini perlu KITA bentuk sehingga ia menjadi second nature dan insan di sekeliling terasa. Pastinya sukar dan mudah digoyah apabila cinta pada mujahid da’wah tidak dimulai dan didasari dengan cinta bertaabud pada Allah dan berittiba’ pada Sunnah Rasulullah. Ayuh kita luruskan tawajjuh KITA dan orentasikan setiap feeling, idea, perkataan, amal dan jihad hanya untuk Allah kerana Allahu Ghayatuna!
Ikhwah dan Akhawat,
Kehendak yang kuat, kesetiaan yang tegar, pengorbanan yang besar dan memahami serta menghayati prinsip adalah resipi untuk kejayaan dakwah KITA. KITA memilih insan yang berkualiti mufakkir, jari’, ‘amil dan muntij lalu terus dibina dan dibina sehingga terlihat padanya nilai-nilai yang menjadi resipi untuk kejayaan dakwah KITA. Sehingga dengan nilaian tersebut, mampu KITA tanggungkan pada bahunya bebanan terberat yang even tidak mampu ditanggung oleh gunung-ganang!
Kehendaknya yang kuat pada Allah dan risalahnya membuatkan segala kekurangan hak dan kekurangan nikmat yang pastinya dirasai setiap orang yang melalui jalan dakwah boleh diterima tanpa bimbang!
Kesetiaannya yang tegar pada manhaj perjuangan dan pejuang2nya memastikan paradigm dan neraca yang akan diambil dalam menilai sesuatu qodhoya lebih tepat dan menghampiri ketetapan Allah!
Pengorbanannya yang besar untuk dakwah dalam segala keadaan, di kala senang dan susah, happy dan moody, sihat dan sakit menjadi kemanisan yang memfana’kan lagi dirinya untuk kekal atas toriq ini!
Kefahaman sahih pada prinsip serta gigih mengaplikasikannya menjadi pintu turunnya hidayah Allah yang sangat diperlukan untuk terus thabat hingga akhir hayat!
Alhamdulillah da’wah KITA telah berbibit kembali di bumi Allah ini. Walaupun masih terlalu awal untuk menjangkakan pulangannya, tetapi tanda-tanda al-Haq itu akan tertegak amat jelas kerana wujudnya rajul2 soleh seperti antum semua! Tiada yang lebih membahagiakan hati KITA selain melihat da’wah islamiyyah ini di terima seorang demi seorang, apatah lagi KITA terlibat sama dalam menjadi asbabnya. InshaAllah ganjarannya hebat bangat! Moga KITA dimasukkan Allah ke dalam syurga firdausil a’laa-Nya berpimpinan tangan tanpa sebarang hisab.
Namun begitu, di kala keghairahan KITA mendokong da’wah yang mulia ini, suka ana pesankan pada diri dan semua ikhwah akhawat beberapa pesanan:
1. Agar KITA pastikan langkah bermula KITA adalah sebuah permulaan murni. Kata Abu Ammar dalam Ar-Raqoiq, permulaan yang murni tidak lari dari dua perkara iaitu niat yang benar dan himmah yang menggerunkan! Tiada perkara lain di antara 2 perkara tersebut. Adakah KITA bermula dari sini? Mungkin wajar KITA korbankan sejenak masa, barang satu jam atau dua, dalam hari-hari kita untuk merenungi dalam2 perkara ini dan memperfectnya! Perfectnya permulaan, maka perfectlah perjalanan, perfect juga ending inshaAllah.
2. Agar KITA imani manhaj taghyir tarbawi sebagai jalan yang terpampar dalam layar seerah Rasulullah SAW serta satu-satunya jalan merobah ummah! Dengan itu KITA bersungguh-sungguh menetapkan fokus KITA untuk membina murabbi mantap yang ab, syeikh, ustaz dan qoid. Barisan murabbi yang memenuhi 10 muwassofaat serta berpegang teguh pada 10 arkanulbai’ah. Yang mampu menghayati maratib amal yang 7 serta beramal dan berdoa berdasarkannya! Agar barisan murabbi ini boleh menyebarluaskan kefahaman islam yang benar berdasarkan kerangka Usul 20 sesuai dengan marhalah dakwah pada ketika itu.
Agar bangunan da’wah KITA terbina melalui wasilah2 usrah, daurah, mabit, nadwah, rehlah, riadhah dan mukhayyam. Agar barisan mutarabbi KITA mampu hidup dengan ma’ani-ma’ani rukun usrah (Taaruf, Tafahum, Takaful) dalam sehari-hariannya.
3. Semua ini tidak akan dapat KITA capai melainkan KITA benar2 bersungguh dan sanggup tergadai untuknya. Biarlah KITA yang membawa 7 halaqah seminggu, asalkan keimanan ini dapat ditegakkan dalam diri seramai mungkin pemuda-pemudi. Biarlah KITA berinfaq 50% sebulan untuk istirokat, asalkan da’wah ini berjalan lancar menuju hati seramai mungkin pemuda-pemudi. Biarlah KITA tidur 4-5 jam sahaja, asalkan KITA dapat memikirkan idea2 bernas untuk menyentuh jiwa seramai mungkin pemuda-pemudi. Biarlah KITA yang dituduh, diejek, diboikot, dihilangkan hak dan dikurangkan nikmat, asalkan kalimah shahadah ini dapat KITA tegakkan di semua kawasan yang KITA berada. Biarlah KITA tanggung semuanya…sendiria n atau bersama-sama. .
4. Alangkah indah jika semua ini dapat kita buat dalam rangka amal jamaie yang berbudayakan Islam. Syura dihidupkan saban waktu, isti’zan digunakan walau nak tertidur dalam halaqah dan daurah, istisyarah kita imani kerana tiada yang rugi, taat diberikan bila perlu, sirr dan hazar dilatih kerana ia sunnah..Alangkah best bila YahooGroup, Google Group, FaceBook Group KITA sibuk dengan amal da’wah..Alangkah best bila R.I-R.I / R.A-R.A KITA tidak pernah lekang dari program2 tarbiyyah seolah2 madinah kecil yang menjadi wasilah pengukuhan biah dan penyebar-luasan dakwah..Alangkah best bila tanasuh (saling nasihat) dan tawasi (saling wasiat) dijadikan makanan asasi kehidupan berukhuwwah KITA dan KITA merasa lapar bila kekurangannya! Alangkah best bila munajat, ma’thuraat dan doa rabitah KITA menjadi penguat ribatul ukhuwwah dan penyatu ruh-ruh setiap dari KITA. Alangkah indah bila kita dibangkitkan di Akhirat nanti dalam kelompok yang sama, berpimpinan tangan ke dalam Syurga bersama para ambiya’, mursalin, shuhadaa’ dan soliheen..inshaAlla h..
5. Akhirnya ikhwah dan akhawat, masa KITA singkat dan semakin singkat. Kehidupan KITA telah pun susah, tetapi akan menjadi lebih susah. Sama-sama kita letakkan pergantungan KITA pada Allah sahaja dan berharap bantuan dariNya. Inna lillahi wa inna ilahi roji’un.
Ana memohon KITA sama-sama sahihkan kefahaman, tajdidkan niat, tingkatkan amal dan mara terus ke destinasi abadi.
Tiadalah yang dapat memberi taufiq melainkan dengan kehendak Allah.
Al-Faqir ila rabbihi
Harith Roslizar