Aku dan Dunia Islam
December 20, 2010 Leave a comment
Muqaddimah
Maha Suci Allah, kesan kesejagatan (‘alamiyyah) risalah Islam yang dibawa Rasulullah SAW dapat dilihat di serata dunia dalam banyak bentuk. Hasilnya, Islam dilihat membawa pengaruh positif sekaligus mengembangkan potensi sedia ada yang ada pada negara2 yang disentuhnya.
Takdir Allah juga menghendaki da’wah Islam bermula di kawasan strategik dari segi geografi dan memudahkan proses penyebarannya ke seluruh dunia. Allah juga mentakdirkan dunia Islam memiliki sumber rezeki yang mewah dan mencukupi untuk membantu proses menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam.
Sejarah Islam menunjukkan betapa masyarakat dunia serta alam keseluruhannya beruntung apabila Islam ditamkin dan dihormati. Rahmat Allah tersebar di seluruh alam dan keampunan Allah turun untuk umat manusia.
Perang Salib
Namub begitu, sudah menjadi takdir Allah menghendaki da’wah Islam ini dibersihkan kembali dari pencemaran yang dilakukan umatnya sendiri. Perang Salib menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang mengejutkan umat dari lena dan lalai dengan kemewahan dunia. Kelemahan umat Islam didedahkan melalui siri2 peperangan Salib sehingga akhirnya umat Islam kembali sedar dan menyusun saff. Perang Salib juga mendedahkan kepada umat akan kebenaran Al-Quran bahawa musuh Islam sentiasa berpakat dan merencana untuk menjatuhkan Islam. Perang Salib juga mendidik umat Islam untuk mengenal pasti titik2 kekuatan Islam (Iman, Ukhuwwah dan Silah) untuk dikembang dan dijadikan senjata melawan musuh Islam. Perang Salib juga menjadi bukti betapa jiddiyyah dan jihad itu adalah jalan untuk kemenangan Islam.
Hari ini, umat Islam perlu mempunyai kesedaran bahawa musuh telah mengenal pasti kekuatan kita dan sentiasa berusaha sehingga sekarang untuk melemahkan titik2 kekuatan Islam. Kepala (khilafah), jiwa (aqidah) dan sendi Islam (wilayah, network dan resources) hendaklah sentiasa dipelihara dan dikembangkan.
Yahudi
Allah juga telah mendedahkan dalam Al-Quran bahawa Yahudi (read: Zionist) merupakan bangsa yang dengki dan memusuhi Islam kerana pelbagai factor. Permusuhan mereka terbukti melalui pelbagai perisitiwa sejarah sebelum kerasulan dan selepas kerasulan Rasulullah SAW. Yahudi lah yang yang menjadi musuh No 1 Islam di Islam di perbatasan Islam terutama Palestine. Bahkan Yahudi lah yang telah merencana dan berkonspirasi secara besar2an dengan musuh2 Islam lain untuk memenggal kepala Islam dari batang tubuhnya. Peristiwa2 ini semuanya mengajar kita untuk sentiasa hazar dengan Yahudi walalupun pada dasarnya Islam masih mengutamakan kita untuk bertasamuh dengan mana2 bani Insan. Situasi Palestine hari ini merupakan syiar tertinggi bahawa konspirasi Yahudi mencapai kemuncaknya. Selain itu, solusi yang ditawarkan oleh dunia Islam moden masih tidak mencapai hasil kerana tiadanya aplikasi manhaj Islam secara benar dalam menyelesaikan masalah Islam hari ini.
Kebangkitan Islam
Walaupun demikian keadaan dunia Islam, Allah masih menyayangi umat ini. Takdir Allah menghendaki munculnya segolongan umat yang dididik dengan risalah Islam secara baik dan menjadi anasir yang sedang dan bakal merubah keadaan Islam hari ini. Kebangkitan Islam di Palestine hari ini menjadi bukti dan harapan bahawa umat Islam sedang bangkit dari tidurnya. Bahkan mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa perkembangan Islam di Palestine merupakan refleksi perkembangan Islam di seluruh dunia InshaAllah. Sejarah Palestine moden juga mendidik kita untuk memahami dan mengenali reality musuh Islam dan tipudaya mereka. Ia juga mendidik daie yang menanggung kebangkitan Islam agar berpegang dengan manhaj Islam sebagai jalan. Ia juga menanamkan hakikat yang dilupakan umat selama ini bahawa jihad yang benar adalah jalan kepada kemenangan. Bermula dari jihad mendidik diri sehingga jihad dalam menyebarkan risalah Islam ke seluruh alam.
Sejarah singkat bosnia, chechnya dan kosova juga terus mengajar kita bahawa potensi Islam yang kecil juga digeruni musuh Islam. Musuh Islam berusaha untuk menghapuskan Islam sehingga ke akar umbinya. Ia juga mendidik daie yang menanggung kebangkitan Islam untuk meletakkan harapan pada Allah dan risalahnya dan tidak mengambil orang luar dari risalah sebagai wali dalam usaha mentamkinkan Islam. Kebangkitan Islam yang dirasai kini terus mendapat perhatian dunia. Musuh terus untuk menghapuskan identity Islam secara menyeluruh akan tetapi umat Islam kini mula bangkit dan perlu terus berhati2 agar tidak dipatuk dua kali serta mengambil langkah2 selamat dan tepat untuk memandu kebangkitan Islam yang dinanti2.
Al-Jihad Sabiluna
Sebagaimana pesan ISHAB, bahawa keadaan hari ini pasti boleh berubah sekiranya umat terus mengambil Islam sebagai manhaj. Keadaan dunia Islam akan pulih jika umat sedar bahawa kegemilangan hanya mampu diraih dengan jalan berpegang pada prinsip, beterusan dalam penat lelah dan jihad yang panjang. Mempunyai himmah yang tinggi untuk melihat Islam kembali mulia, hamasah yang kukuh serta menyesali kedudukan Islam hari ini adalah sebahagian dari pra-syarat untuk membina kefahaman jihad yang utuh.
Jihad sebagai jalan bukanlah suatu perkara yang superficial dan semborono akan tetapi mempunyai dasar yang kukuh dan meluas sebagaimana disyariatkan Islam:
1. Tekun befikir mencari jalan penyelesaian
2. Korbankan masa, harta dan tenaga untuk Islam – AtTaubah 120-121
3. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta berlaku jujur pada Allah, Rasul, Kitab, Pimpinan Islam dan ummah keseluruhannya – AlMaidah 78
4. Menjauhi dan mengasingkan diri dari orang memusuhi Islam.
5. Segera menyahut seruan2 jihad – AtTaubah 111
6. Tegakkan keadilan, bina kehidupan, bantu yang mazlum serta menghalang yang zalim- Jihad afdhal
7. Mengasihi dan mendorong para mujahid
Jika tuntutan jihad di atas dihayati dan diamalkan kita akan pasti melihat umat ini lebih sensitive, serius dan memfokuskan setiap keringat, daya, buah fikiran dan masa untuk urusan kebangkitan Islam ini tanpa mengharapkan apa2 balasan melainkan Allah sebagai pelindung dan penolong. Moga Allah memudahkan urusan ini dan meletakkan Islam kembali sebagai rahmat untuk sekelian alam sebagaimana ia diturunkan.
Hasbunallaha wa ni’,mal wakil, wa ni’mal maula wa ni’mannaseer, inshaAllah.
Harith Roslizar
20 Disember 2010
Taree. NSW.