Archive for the ‘1’ Category

t

‘dan jika kau bersikap keras hati terhadap mereka, pasti mereka akan lari dari mengelilingi kau..’

Islam itu mula berkembang dari sebuah pusat/centre. Pusat tersebut merupakan our beloved murabbi, Muhammad SAW. Rasulullah SAW ditarbiyyah oleh Allah secara sistematik dan kemas, sehingga kita di era ini mampu untuk memahami sistem tersebut dengan mengkaji. Sehinggakan pemuda baik tersebut berupaya memimpin alam. Tarbiyyah Allah ini meledakkan segala potensi yang terdapat pada diri Muhammad b Abdullah, sehingga beliau menjadi role model manusia mana2 zaman dan tempat dalam setiap aspek kehidupan. Tarbiyyah Allah ini juga memampukan Rasulullah untuk memilik daya penarik, sehingga manusia2 berkumpul di sekitar baginda dan terkesan dengan baginda. Bacalah Men Around The Messenger.

Persoalannya, bagaimana Islam terus berkembang dari sekitar batang tubuh Rasulullah SAW sehingga kita yang hidup beribu2 kilometer dari Kota Mekkah dan 1400 tahun dari era Mekkah masih boleh terkesan dengan diri Rasulullah SAW.

Jawapan terbaik setakat ni kerana pusat2 perkembangan Islam itu terus muncul di mana2 era dan tempat. Apa pusat perkembangan Islam, Pusat Islam ke, Jabatan Agama ke, Masjidil Haram ke, Masjidil Aqsa ke, Masjid Shah Alam ke? Pastilah pusat berkembangnya Islam sama seperti pusat berkembangnya Islam di zaman Rasulullah : seorang manusia!

Islam berkembang apabila ada manusia yang mampu menarik manusia lain ke sekelilingnya demi untuk memahami Islam. Maka soalan seterusnya, apa daya penarik anda?
Rasulullah mempunyai daya tarikan kerana ditarbiyyah Allah. Anda?

Moga-moga ana wa anta tertarik dengan risalah Islam.

Jagalah hati ana wa anta..

ana wa anta

on September 23, 2009 by harithroslizar

Leave a Comment

t

Penungguan itu sebuah penyiksaan.
Ada benarnya. Jika yang ditunggu bernilai duniawi, jiwa pasti terseksa. Tapi kalau yang ditunggu itu bernilai Syurga, jiwa pasti tenang.
Menunggu benih tumbuh perlukan kesabaran. Kesabaran adalah syarat datangnya hasil. Jiwa-jiwa yang tenang dan khusyuk akan mampu bersabar. Firman Allah yang bermaksud ‘Mintalah pertolongan dengan bersabar dan solat, sesungguhnya ini sangat berat/susah kecuali untuk orang-orang yang khusyu’ (focused).’ Buat penyemai2 benih, bersabarlah kalau nak merasai hasil.
Selain bersabar, meneruskan usaha menyemai lagi adalah rahsia ketenangan jiwa. Masa itu sebahagian dari rawatan. Biarkan benih pertama berkembang, terus tanamkan benih kedua dan ketiga dan keempat dan seterusnya..Allah menyarankan kita terus beramal bila selesai sebuah amal. Nanti, bila tiba masanya, benih pertama akan bertunas, inshaAllah. Istighfarlah ketika itu. Sebelum itu, sebut alhamdulillah banyak2 kerana dikurniakan peluang menjadi penyemai benih.

Manusia hari ini ada hampir 7 billion. Muslim pada nama sekitar 2 billion. Hampir 300 juta dari mereka di Asia Tenggara. 15 juta di Malaysia. Yang muda sekitar 5 juta. Yang cerdas, produktif, berani dan ikhlas ada berapa? Cari yang ini dulu, mereka benih awal.
Kajilah seerah, anda tidak akan tertipu.
Kajilah seerah dengan objektif, anda akan banyak belajar.
Kajilah seerah, anda tidak akan menunggu.

Hari ini, majority manusia menunggu. Majority manusia jahil agama. Menunggu itu jahil agama? Kenapa kita nak menunggu jugak. Jadilah yang mengejar. Yang mengejar itu benar.

..dan datang sakaratul maut itu sebagai suatu yang pasti, itulah dia perkara yang kau sering cuba larikan diri…

Siapa tunggu Siapa

on September 23, 2009 by harithroslizar

Leave a Comment

t

Salam revival.. :)

Dah habis exam..mencari kerja yang boleh dibuat setelah seminggu-dua rehat dari kehidupan normal..faiza faraghta fansob firman Allah Taala dalam Surah Alam Nasyroh.

Winter break dah datang. Kali ni break seminggu je. Shbt2 ada yang break seminggu jugak. Ada yang 2 minggu, ada yang sebulan. Tak mengapa. Bukan tempoh masa yang penting, buat apa dengan masa yang penting. Hidup ni memang begitu. Sebuah masa di antara 2 masa. Masa lahir dan masa mati. Memang mati dan hidup diciptakan  Allah untuk nilai bagaimana kita guna masa. Allazi khalaqal mauta wal hayata liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala firman Allah Taala dalam Surah AlMulk.


Kata penghimpun wirid2 sahih Al-Ma’thurat, al-waqtu huwal hayah. Masa itu kehidupan. Maka, orang yang buang masa adalah orang buang kehidupan? Memang biase. Memang ramai orang Islam buang kehidupan. Segelintir je yang tak buang kehidupan. Lumrah kehidupan.


Bagi yang segelintir. Selalunya buat aktiviti bermanfaat a.k.a program. Bagus buat program. Program bukan sebarang aktiviti. Sebab aktiviti ada macam2. Aktiviti jalan2. Aktiviti-rileks.  Aktiviti berpersatuan. Aktiviti membaca. Program bukan sebarang aktiviti. Aktiviti Program mesti ada manfaat. Buat apa buat aktiviti tapi takde manfaat. Buat apa buat aktiviti kalau ada manfaat, tapi manfaat dia bukan untuk Islam. Buat apa buat aktiviti, tapi syok sendiri.  Syok sendiri? Yer. Personal Legacy? Yer. Buang masa. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bermanfaatkah?


Program. Prof Wiki define Program itu :  An organized list of instructions that, when executed, causes the ‘computer’ to behave in a predetermined manner. Wah. Program TV bagaimana?


Program. Kenapa buat program? Program ada asal-usul. Program TV pun ada asal-usul. Bukan nak bincang tentang asal-usul Program TV. Tapi asal-usul Program. Supaya tahu kenapa berprogram.

Program merupakan satu usaha menghidupkan kembali ummat. Supaya diisi masa antara 2 masa dengan bermanfaat. Program merupakan satu usaha melawan program2 yang terus membunuh umat. Kita berprogram, mereka berprogram. Siapa mereka? Mereka orang yang susun program untuk membunuh Islamic Values dalam batang tubuh umat ini. Mereka adalah orang yang membelah-belah tubuh umat ini. Seperti First Incision. Maaf. First Incision. Mereka adalah orang yang inject dalam batang tubuh umat ini values yang hampeh (read:hampas). Program adalah untuk hidupkan kembali ummat dengan inject semula ke dalam batang tubuh umat ini Islamic Values. Values dari Al-Quran dan As-Sunnah. Values Tuhan Azza Wa Jalla. Ya. Values Tuhan. Tuhan VS Manusia siapa menang?

New Values. New Men. New Ummah. Mari berprogram.

Winter Trip. Winter Retreat. Cold Hands Warm Hearts.

Brrrrrr……

Program

on June 18, 2009 by harithroslizar

Leave a Comment