Aku dan Dunia Islam

Muqaddimah
Maha Suci Allah, kesan kesejagatan (‘alamiyyah) risalah Islam yang dibawa Rasulullah SAW dapat dilihat di serata dunia dalam banyak bentuk. Hasilnya, Islam dilihat membawa pengaruh positif sekaligus mengembangkan potensi sedia ada yang ada pada negara2 yang disentuhnya.
Takdir Allah juga menghendaki da’wah Islam bermula di kawasan strategik dari segi geografi dan memudahkan proses penyebarannya ke seluruh dunia. Allah juga mentakdirkan dunia Islam memiliki sumber rezeki yang mewah dan mencukupi untuk membantu proses menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam.
Sejarah Islam menunjukkan betapa masyarakat dunia serta alam keseluruhannya beruntung apabila Islam ditamkin dan dihormati. Rahmat Allah tersebar di seluruh alam dan keampunan Allah turun untuk umat manusia.
Perang Salib
Namub begitu, sudah menjadi takdir Allah menghendaki da’wah Islam ini dibersihkan kembali dari pencemaran yang dilakukan umatnya sendiri. Perang Salib menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang mengejutkan umat dari lena dan lalai dengan kemewahan dunia. Kelemahan umat Islam didedahkan melalui siri2 peperangan Salib sehingga akhirnya umat Islam kembali sedar dan menyusun saff. Perang Salib juga mendedahkan kepada umat akan kebenaran Al-Quran bahawa musuh Islam sentiasa berpakat dan merencana untuk menjatuhkan Islam. Perang Salib juga mendidik umat Islam untuk mengenal pasti titik2 kekuatan Islam (Iman, Ukhuwwah dan Silah) untuk dikembang dan dijadikan senjata melawan musuh Islam. Perang Salib juga menjadi bukti betapa jiddiyyah dan jihad itu adalah jalan untuk kemenangan Islam.
Hari ini, umat Islam perlu mempunyai kesedaran bahawa musuh telah mengenal pasti kekuatan kita dan sentiasa berusaha sehingga sekarang untuk melemahkan titik2 kekuatan Islam. Kepala (khilafah), jiwa (aqidah) dan sendi Islam (wilayah, network dan resources) hendaklah sentiasa dipelihara dan dikembangkan.
Yahudi
Allah juga telah mendedahkan dalam Al-Quran bahawa Yahudi (read: Zionist) merupakan bangsa yang dengki dan memusuhi Islam kerana pelbagai factor. Permusuhan mereka terbukti melalui pelbagai perisitiwa sejarah sebelum kerasulan dan selepas kerasulan Rasulullah SAW. Yahudi lah yang yang menjadi musuh No 1 Islam di Islam di perbatasan Islam terutama Palestine. Bahkan Yahudi lah yang telah merencana dan berkonspirasi secara besar2an dengan musuh2 Islam lain untuk memenggal kepala Islam dari batang tubuhnya. Peristiwa2 ini semuanya mengajar kita untuk sentiasa hazar dengan Yahudi walalupun pada dasarnya Islam masih mengutamakan kita untuk bertasamuh dengan mana2 bani Insan. Situasi Palestine hari ini merupakan syiar tertinggi bahawa konspirasi Yahudi mencapai kemuncaknya. Selain itu, solusi yang ditawarkan oleh dunia Islam moden masih tidak mencapai hasil kerana tiadanya aplikasi manhaj Islam secara benar dalam menyelesaikan masalah Islam hari ini.
Kebangkitan Islam
Walaupun demikian keadaan dunia Islam, Allah masih menyayangi umat ini. Takdir Allah menghendaki munculnya segolongan umat yang dididik dengan risalah Islam secara baik dan menjadi anasir yang sedang dan bakal merubah keadaan Islam hari ini. Kebangkitan Islam di Palestine hari ini menjadi bukti dan harapan bahawa umat Islam sedang bangkit dari tidurnya. Bahkan mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa perkembangan Islam di Palestine merupakan refleksi perkembangan Islam di seluruh dunia InshaAllah. Sejarah Palestine moden juga mendidik kita untuk memahami dan mengenali reality musuh Islam dan tipudaya mereka. Ia juga mendidik daie yang menanggung kebangkitan Islam agar berpegang dengan manhaj Islam sebagai jalan. Ia juga menanamkan hakikat yang dilupakan umat selama ini bahawa jihad yang benar adalah jalan kepada kemenangan. Bermula dari jihad mendidik diri sehingga jihad dalam menyebarkan risalah Islam ke seluruh alam.
Sejarah singkat bosnia, chechnya dan kosova juga terus mengajar kita bahawa potensi Islam yang kecil juga digeruni musuh Islam. Musuh Islam berusaha untuk menghapuskan Islam sehingga ke akar umbinya. Ia juga mendidik daie yang menanggung kebangkitan Islam untuk meletakkan harapan pada Allah dan risalahnya dan tidak mengambil orang luar dari risalah sebagai wali dalam usaha mentamkinkan Islam. Kebangkitan Islam yang dirasai kini terus mendapat perhatian dunia. Musuh terus untuk menghapuskan identity Islam secara menyeluruh akan tetapi umat Islam kini mula bangkit dan perlu terus berhati2 agar tidak dipatuk dua kali serta mengambil langkah2 selamat dan tepat untuk memandu kebangkitan Islam yang dinanti2.
Al-Jihad Sabiluna
Sebagaimana pesan ISHAB, bahawa keadaan hari ini pasti boleh berubah sekiranya umat terus mengambil Islam sebagai manhaj. Keadaan dunia Islam akan pulih jika umat sedar bahawa kegemilangan hanya mampu diraih dengan jalan berpegang pada prinsip, beterusan dalam penat lelah dan jihad yang panjang. Mempunyai himmah yang tinggi untuk melihat Islam kembali mulia, hamasah yang kukuh serta menyesali kedudukan Islam hari ini adalah sebahagian dari pra-syarat untuk membina kefahaman jihad yang utuh.
Jihad sebagai jalan bukanlah suatu perkara yang superficial dan semborono akan tetapi mempunyai dasar yang kukuh dan meluas sebagaimana disyariatkan Islam:
1. Tekun befikir mencari jalan penyelesaian
2. Korbankan masa, harta dan tenaga untuk Islam – AtTaubah 120-121
3. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta berlaku jujur pada Allah, Rasul, Kitab, Pimpinan Islam dan ummah keseluruhannya – AlMaidah 78
4. Menjauhi dan mengasingkan diri dari orang memusuhi Islam.
5. Segera menyahut seruan2 jihad – AtTaubah 111
6. Tegakkan keadilan, bina kehidupan, bantu yang mazlum serta menghalang yang zalim- Jihad afdhal
7. Mengasihi dan mendorong para mujahid

Jika tuntutan jihad di atas dihayati dan diamalkan kita akan pasti melihat umat ini lebih sensitive, serius dan memfokuskan setiap keringat, daya, buah fikiran dan masa untuk urusan kebangkitan Islam ini tanpa mengharapkan apa2 balasan melainkan Allah sebagai pelindung dan penolong. Moga Allah memudahkan urusan ini dan meletakkan Islam kembali sebagai rahmat untuk sekelian alam sebagaimana ia diturunkan.

Hasbunallaha wa ni’,mal wakil, wa ni’mal maula wa ni’mannaseer, inshaAllah.

Harith Roslizar
20 Disember 2010
Taree. NSW.

Syu’ur KITA

Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi di mana saja antum berada..
Aqidah Islamiyyah yang kita imani adalah mengenali Allah, membersihkanNya dan meninggikanNya. Dan bukanlah aqidah yang benar itu sekadar perbincangan di mulut, atau pun rekreasi minda mahu pun hafalan pada rukun2 tertentu.
Imam Hasan Al-Basri ditanya adakah kau telah beriman? Hasan Al-Basri reply jika beriman semudah beriman dengan 6 rukun, maka ya aku telah beriman. Tapi jika beriman sebagaimana Al-Anfaal ayat 2, maka aku tidak pasti dan hanya Allah yang tahu.
Tetapi aqidah yang benar yang kita imani perlu terbit dari interaksi sohih kita dengan Al-Quran, kalamullah. Bagaimana para sahabat ditarbiyyah jiwa dan keyakinan mereka dengan Surah2 Makkiyah agar tahu dan mahu pada Allah dan Hari AkhiratNya, begitu jugalah KITA perlu ditarbiyyah. Masakan aqidah yang benar boleh dibina tanpa pernah berinteraksi dengan Al-Quran.
Aqidah yang benar akan membuahkan perasaan (syu’ur) yang sahih. Bila ruh KITA diberikan makanannya yang fresh dan segar dari Al-Quran dan As-Sunnah, maka ia pastinya akan hidup dan menjadi sensitif.
Maka adakah gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA berpaksikan jiwa yang hidup ini? Ataupun gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA timbul dek perkara yang sama yang membuatkan manusia tidak muslim gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat?
InshaAllah jika syu’ur KITA timbul dari aqidah yang benar, maka tiadalah lagi titisan air mata KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Tiadalah lagi sorak sorai KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Akan tetapi segala syu’ur yang muncul adalah kerana Allah dan RisalahNya semata! Bukankah ‘Aamul Huzun Nabi SAW kerana hambatan-hambatan yang berlaku dalam perjuanganNya?

Ikhwah dan Akhawat,
Bila aqidah yang benar mendasari kefahaman KITA, maka kefahaman akan menjadi somimah, keikhlasan akan menjadi solely untuk Allah, syu’ur akan muncul hanya kerana Allah dan amal akan berbuah dengan buah yang best sesuai dengan izin Allah.
Aqidah yang benar ini akan meninggikan himmah KITA dan mengqawiyykan iradah/kehendak KITA. Sehingga tiada lagi sempadan geografi, kekurangan masa, ataupun kelelahan jasad yang akan menghentikan derap langkah KITA.
Syu’ur KITA ini akan mengajak KITA untuk berenang ke Fiji Island mencari mad’u, menaiki bus dan ferri 8-9 jam untuk berhalaqah 2 jam, mengajak KITA berinfaq seluruh harta KITA di kala account menghampiri AUD 0.00 dan menyeru KITA untuk menyerahkan jantung2 KITA bila Allah mengizinkan.

Ikhwah dan Akhawat..Masih ingat apa itu Uzlah Syu’uriyyah? Inilah cara KITA mengurus perasaan KITA. Bukanlah dengan perasaan yang lain dan unique yang membuak2 dalam jiwa2 KITA ini, mengharuskan KITA untuk menyendiri di dalam gua dan bilik selesa. Ini hanyalah syok sendiri. Tetapi syu’ur yang benar ini ialah pabila KITA telah berada bersama dengan masyarakat, dan masih mampu memelihara syu’ur yang sama, bahkan lebih memantapkan lagi. Mafhum kata Nabi SAW, muslim yang baik adalah yang bergaul dan bersabar dalam bergaul (kerana masyarakat yang tidak mengerti). Yakhtalitoon wa laakin yatamayyazoon!

Ikhwah dan Akhwat yang dirahmati Allah,
Tiadalah semua ini KITA imani dan amalkan melainkan kerana syu’ur kita yang agung untuk mendapatkan cinta Allah dan JannahNya.
Teruskanlah bersyu’ur begini sehingga ia menjadi tumuhaat KITA!

‘Di hari tiada manfaatnya harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan membawa Qolbun Saleem ‘

Wallahul Musta’an..

Individu Muslim KITA

Salam ikhwah dan akhawat yang dikasihi..
Sama-sama kita bandingkan diri kita dengan definisi Al Banna mengenai siapa itu akh yang berjuang:

Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang lelaki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.

Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.”

Ayuh ikhwah..tinggalkan cita2 kanak2mu.. tingkatkan peribadi, muliakan maruah muslim dan berkerjalah!
Nyawa kita tak lama ikhwah..mengembaralah mencari mad’u2..tinggalkan bilik2 selesa..tiada nilai semua itu melainkan hidup sebagai seorang daie..Da’wah ini tidak akan berjaya bila daienya hanya memberikan masa2 lapangnya..hanya berfikir tentang ummah ketika slot akhbar islami dalam usrah shj..adakah antum yakin syurga dapat antum peroleh dengan ijazah2 BMed, Masters dan PhD antum?
Kembalilah renung2 betul priority hidup sebelum malaikat maut datang secara mengejut…
Allahumma thabbitna ‘indal maut bi la ilaha illallah….

Mimpi KITA

Ikhwah Akhawat yang ana sayangi kerana Allah.

Perasaan berkasih sayang dan saling rahmah merupakan syi’ar mujahid da’wah dan pengukuh soff da’wah KITA. Dan tingkatan cinta ini perlu KITA bentuk sehingga ia menjadi second nature dan insan di sekeliling terasa. Pastinya sukar dan mudah digoyah apabila cinta pada mujahid da’wah tidak dimulai dan  didasari dengan cinta bertaabud pada Allah dan berittiba’ pada Sunnah Rasulullah. Ayuh kita luruskan tawajjuh KITA dan orentasikan setiap feeling, idea, perkataan, amal dan jihad hanya untuk Allah kerana Allahu Ghayatuna!

Ikhwah dan Akhawat,
Kehendak yang kuat, kesetiaan yang tegar, pengorbanan yang besar dan memahami serta menghayati prinsip adalah resipi untuk kejayaan dakwah KITA. KITA memilih insan yang berkualiti mufakkir, jari’, ‘amil dan muntij lalu terus dibina dan dibina sehingga terlihat padanya nilai-nilai yang menjadi resipi untuk kejayaan dakwah KITA. Sehingga dengan nilaian tersebut, mampu KITA tanggungkan pada bahunya bebanan terberat yang even tidak mampu ditanggung oleh gunung-ganang!
Kehendaknya yang kuat pada Allah dan risalahnya membuatkan segala kekurangan hak dan kekurangan nikmat yang pastinya dirasai setiap orang yang melalui jalan dakwah boleh diterima tanpa bimbang!
Kesetiaannya yang tegar pada manhaj perjuangan dan pejuang2nya memastikan paradigm dan neraca yang akan diambil dalam menilai sesuatu qodhoya lebih tepat dan menghampiri ketetapan Allah!
Pengorbanannya yang besar untuk dakwah dalam segala keadaan, di kala senang dan susah, happy dan moody, sihat dan sakit menjadi kemanisan yang memfana’kan lagi dirinya untuk kekal atas toriq ini!
Kefahaman sahih pada prinsip serta gigih mengaplikasikannya menjadi pintu turunnya hidayah Allah yang sangat diperlukan untuk terus thabat hingga akhir hayat!

Alhamdulillah da’wah KITA telah berbibit kembali di bumi Allah ini. Walaupun masih terlalu awal untuk menjangkakan pulangannya, tetapi tanda-tanda al-Haq itu akan tertegak amat jelas kerana wujudnya rajul2 soleh seperti antum semua! Tiada yang lebih membahagiakan hati KITA selain melihat da’wah islamiyyah ini di terima seorang demi seorang, apatah lagi KITA terlibat sama dalam menjadi asbabnya. InshaAllah ganjarannya hebat bangat! Moga KITA dimasukkan Allah ke dalam syurga firdausil a’laa-Nya berpimpinan tangan tanpa sebarang hisab.

Namun begitu, di kala keghairahan KITA mendokong da’wah yang mulia ini, suka ana pesankan pada diri dan semua ikhwah akhawat beberapa pesanan:

1. Agar KITA pastikan langkah bermula KITA adalah sebuah permulaan murni. Kata Abu Ammar dalam Ar-Raqoiq, permulaan yang murni tidak lari dari dua perkara iaitu niat yang benar dan himmah yang menggerunkan! Tiada perkara lain di antara 2 perkara tersebut. Adakah KITA bermula dari sini? Mungkin wajar KITA korbankan sejenak masa, barang satu jam atau dua, dalam hari-hari kita untuk merenungi dalam2 perkara ini dan memperfectnya! Perfectnya permulaan, maka perfectlah perjalanan, perfect juga ending inshaAllah.

2.  Agar KITA imani manhaj taghyir tarbawi sebagai jalan yang terpampar dalam layar seerah Rasulullah SAW serta satu-satunya jalan merobah ummah! Dengan itu KITA bersungguh-sungguh menetapkan fokus KITA untuk membina murabbi mantap yang ab, syeikh, ustaz dan qoid. Barisan murabbi yang memenuhi 10 muwassofaat serta berpegang teguh pada 10 arkanulbai’ah. Yang mampu menghayati maratib amal yang 7 serta beramal dan berdoa berdasarkannya! Agar barisan murabbi ini boleh menyebarluaskan kefahaman islam yang benar berdasarkan kerangka Usul 20 sesuai dengan marhalah dakwah pada ketika itu.
Agar bangunan da’wah KITA terbina melalui wasilah2 usrah, daurah, mabit, nadwah, rehlah, riadhah dan mukhayyam. Agar barisan mutarabbi KITA  mampu hidup dengan ma’ani-ma’ani rukun usrah (Taaruf, Tafahum, Takaful) dalam sehari-hariannya.

3. Semua ini tidak akan dapat KITA capai melainkan KITA benar2 bersungguh dan sanggup tergadai untuknya. Biarlah KITA yang membawa 7 halaqah seminggu, asalkan keimanan ini dapat ditegakkan dalam diri seramai mungkin pemuda-pemudi. Biarlah KITA berinfaq 50% sebulan untuk istirokat, asalkan da’wah ini berjalan lancar menuju hati seramai mungkin pemuda-pemudi. Biarlah KITA tidur 4-5 jam sahaja, asalkan KITA dapat memikirkan idea2 bernas untuk menyentuh jiwa seramai mungkin pemuda-pemudi.  Biarlah KITA yang dituduh, diejek, diboikot, dihilangkan hak dan dikurangkan nikmat, asalkan kalimah shahadah ini dapat KITA tegakkan di semua kawasan yang KITA berada.  Biarlah KITA tanggung semuanya…sendiria n atau bersama-sama. .

4. Alangkah indah jika semua ini dapat kita buat dalam rangka amal jamaie yang berbudayakan Islam. Syura dihidupkan saban waktu, isti’zan digunakan walau nak tertidur dalam halaqah dan daurah, istisyarah kita imani kerana tiada yang rugi, taat diberikan bila perlu, sirr dan hazar dilatih kerana ia sunnah..Alangkah best bila YahooGroup, Google Group, FaceBook Group KITA sibuk dengan amal da’wah..Alangkah best bila R.I-R.I / R.A-R.A KITA tidak pernah lekang dari program2 tarbiyyah seolah2 madinah kecil yang menjadi wasilah pengukuhan biah dan penyebar-luasan dakwah..Alangkah best bila tanasuh (saling nasihat) dan tawasi (saling wasiat) dijadikan makanan asasi kehidupan berukhuwwah KITA dan KITA merasa lapar bila kekurangannya! Alangkah best bila munajat, ma’thuraat dan doa rabitah KITA menjadi penguat ribatul ukhuwwah dan penyatu ruh-ruh setiap dari KITA. Alangkah indah bila kita dibangkitkan di Akhirat nanti dalam kelompok yang sama, berpimpinan tangan ke dalam Syurga bersama para ambiya’, mursalin, shuhadaa’ dan soliheen..inshaAlla h..

5. Akhirnya ikhwah dan akhawat, masa KITA singkat dan semakin singkat. Kehidupan KITA telah pun susah, tetapi akan menjadi lebih susah. Sama-sama kita letakkan pergantungan KITA pada Allah sahaja dan berharap bantuan dariNya. Inna lillahi wa inna ilahi roji’un.

Ana memohon KITA sama-sama sahihkan kefahaman, tajdidkan niat, tingkatkan amal dan mara terus ke destinasi abadi.
Tiadalah yang dapat memberi taufiq melainkan dengan kehendak Allah.

Al-Faqir ila rabbihi
Harith Roslizar

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.