
Exam: Faiza faraghta fansob
Alhamdulillah, petang semalam dah settle exam 3rd Year..syukur yang sebanyak2nya pada yang Maha Mengetahui..hanya dengan kehendak dan inayahMu aku mampu untuk berusaha mendalami setitik dari lautan ilmu yang Kau izinkan manusia fahami..(lautan ilmu yang Allah izinkan kite fahami tu pun sebenarnya bagaikan setitik je air laut kalo nak dicompare dengan ilmu yang Maha Mengetahui..hmm kerdilnya diriku ini).. i reckon it is the hardest semester of the whole BMed course in Newcastle Uni.. Mmg perasaan relief tu menggunung2 ke awan..keinginan untuk rehat sebentar dari menelaah manual of Medicine Harrison’s, Clinical Medicine Kumar and Clark, Robbin’s Pathologic Basis of Disease, Toronto Notes, past papers dan lecture2 notes yang immense tu dikurniakan Allah akhirnya..nikmat2..
hmm..macamane lah perasaan ‘rehat versi Syurga’ yang Allah kurniakan pada hamba2nya yang tak berhenti2 berjuang semasa di dunia ni..pasti menggunung2 ke langit syurga jugak..langit syurga tinggi oOO..sila2 le tengok ayat2 dan hadith2 berkenaan syurga untuk lebih mengenali syurga anda..moga2 bila dah kenal boleh cinta..patu lehla berusaha untuk bersama dengannya nnt2
siapa yang ada mase lebih boleh dengar ceramah2 Hereafter Series oleh Syeikh Anwar al-Awlaki (sekarang dalam penjara) tentang Syurga..kalo berminat..saya boleh copykan CD/DVD untuk anda..sila hubungi saya =)
Susah exam tu..tapi Allah sebutkan dalam surah asSyarh..
‘kerana sesungguhnya bersama setiap kesusahan itu ada kemudahan (5) sesungguhnya bersama setiap kesusahan itu ada kemudahan (6)’..
inshaAllah janji Allah itu benar..
Sekarang ni..im planning things that need to be done for my post-exam pre-cuti2 malaysia time..
Allah azza wa jalla sambung lagi dalam surah asSyarh..
‘Oleh itu apabila engkau telah selesai dari urusan2 hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula (7) Dan kepada TuhanMu tumpukan perhatian dan harapanmu (8)’
well..kekadang kite terpk mase bz2 study..pas abis exam nak buat ni nak buat tu..moga2 mereka yang mempunyai hati yang hidup memahami tuntutan Allah pada kite tentang apa yang perlu dibuat..same2 lah kita fokuskan kehidupan kita pada urusan akhirat sementara masa masih ade ye kawan2..
teruskan solat2 hajat anda..qiam anda..quran dan ma’thurat anda..inshaAllah bersama segala kesulitan tu ada kesenangan..doakan saya jugak..
House-hunting: Rumah AUD 400 @ ISTANA SYURGA
In a few weeks time, our house ni dah nak abis contract..nak kene cari rumah baru for next year..punye la susah nak diaccept..5 kali merisik dan hantar rombongan, 5 kali tulah kene reject..ujian2..terima kasih le kepada sahabat2 yang tidak berhenti2 berjuang mencari rumah kita untuk tahun depan..moga2 pengorbanan anda diterima Allah..moga2 keikhlasan anda dithabatkanNya..memang impian semua manusia untuk ade rumah yang best..Rasulullah pun pernah diriwayatkan merekemenkan kenderaan yang baik dan rumah yang baik untuk dimiliki ummatnya (x igt sanad dan matannya..) hmm tapi tulah..muka2 kitorang yang tak cukup omputih ni kut menjadi salah satu sebab kene reject
but inshaAllah shud be alrite..kepada bros2 NC..saje nak ingatkan diri ni dan anda semua..jumlah same2 tingkatkan usaha untuk mendapatkan rumah2 kat syurga nanti jugak..(and when i wrote rumah2..i really mean it..sebab mmg siapa masuk syurga tu nnt..memang inshaAllah rumah die banyak kalo die tahu cne nak invest..ni real estate akhirat VS real estate dunia nyer offer ni..strike your balance right!!)
Beberapa hadith tentang Istana di Syurga (kalo ade pakar2 hadith kat luar tuh..rase ade imam2 yang kate dhaif boleh diinformkan na..)
1. Daripada Ummu Habibah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Muslim, no: 728)
2. Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya menjadi penjamin terhadap rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perbalahan walaupun dia yang betul, terhadap rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di bahagian atas syurga bagi sesiapa yang memperelokkan pekertinya. (Abu Daud, no: 4800)
3. Daripada Uthman bin`Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (al-Bukhari: 439, Muslim: 533)
Haa..mudah bukan?
Subhanallah..tengah2 tulis entri ni..Peja datang bawak satu surat..dari Abg Insan katenye..surat untuk mintak derma bina /baiki masjid di Malaysia..luasnya rezeki Allah..dan mudahnya usaha2 nak beramal..untuk bros2 dan sis2 yang ade duit lebih bolehla sumbang2 sekadar mampu..moga2 dapat rumah kat syurga nnt
Doakan kitorang dapat rumah yang best..ade beberapa lagi yang tengah dirisik..
oklah dulu..need to get ready for Ukhuwwah Night malam ni..(every Thursday nite, bros Nc berkumpul untuk makan2 dan bercerite dan bertazkirah..tgk2 movie/documentary yang ade manfaat etc etc..)
wallahu a’lam..
To be continued…









