
Peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat muslim terlalu besar. Hanya mampu ditanggung oleh mereka yang bernilai Rijal. Sayang, peranan tersebut masih dibiarkan tanpa watak. Rasulullah bermula dengan membina worldview baru tentang apa itu kehidupan yang lengkap dan menyeluruh. Inilah titik permulaan kita juga. Seterusnya rijal2 ini akan membentuk masyarakat muslim yang akan memainkan peranannya menongkah arus dunia yang bertentangan dengan kehendak Allah. Peranan itu terlalu besar, ia memerlukan persediaan yang rapi dan sempurna. Persediaan inilah yang dipanggil tarbiyyah dan dan fokus utama tarbiyyah adalah pembinaan ruh yang mantap. Ia memerlukan usaha yang besar, mujahadah berterusan, kesabaran yang dalam dan keikhlasan yang sampai pada Allah. Moga anda terpilih.
…Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik…














