Post

My Mobile Number: 0192344923

In Pengurusan on December 1, 2007 by harithroslizar

019 2344923

Post

the Devil’s World Order..

In Tadabbur on December 1, 2007 by harithroslizar

assalamualaikum wbt..

aku baru pulang ke negara ku..rupa2nye ramai juga manusia yang bongkak di negaraku yang terchenta ini..yang ke masjid mahupun tak..yang berkopiah mahupun tak..yang menulis mahupun tak..yang berblog mahupan tak..di australia juga seringkali aku berjumpa dengan manusia yang arrogant..baik yag muslim mahupun yang memilih untuk keluar dari cahaya Allah..moga2 Allah menjauhkan aku dan mereka2 yang ikhlas berjuang di jalan Allah dari sifat buruk yang pertama wujud di alam ini.. ketika mana Sang Iblis menyanggah suruhan Allah untuk ’sujud’ (memulia dan menghormati) kepada khalifah Allah yang baru, Adam a.s. sebagaimana dirakamkan Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 34:

Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam” maka sujudlah mereka semua kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang2 yang kafir.

ABAA WASTAKBAR..enggan dan takbur..sikap yang telah menjatuhkan banyak bani insan..Bani Israel kehilangan kepimpinan dunia satu masa dahulu kerana di’infect’ sikap ini..ummat Arab pasca-Islam turut dijangkiti sikap enggan tunduk dan takbur ini..ummah Islam berpecah setelah kewafatan ArRasul SAW juga kerana sikap ini.. ummah Islam hari ini berpecah dan memecah2kan lagi perpecahan yang sedia ada ini juga kerana enggan dan takbur!!

sahabat2ku yang masih baru berjinak2 dengan perjuangan Islam mahupun yang telah 30-40 tahun di medan..kita semua tidak terlepas dari jangkauan empayar ini..melainkan istiqamah menyulami usaha2 membersihkan hati2 dan lidah2 kita dari mendekati sikap ini..tetaplah kita dalam akhlak2 asas Islam..periksalah diri anda samada anda sekadar penjaga lif mahupun se’gah’ khalifah kepada khilafah Islamiyyah..

kepada mereka2 yang segenarasi denganku..hati2lah dalam berkata2 dan ‘berijtihad’..kelangsungan kita dalam da’wah tidak hanya ditentukan oleh kehebatan mujahadah2 dan usaha2 kita..tetapi lebih2 lagi ditentukan oleh hidayah Allah..demikianlah Allah mengajar kita banyak kali di dalam Al-Quran dan kisah2 individu dan ummah yang jatuh setelah berada di persada kemuliaan…banyakkan doa dan tawakkal..rendahkan diri anda kepada yang muda apatah lagi kepada yang tua…

kepada generasi awal..aku hanya mampu membaca doa ini..

Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara2 kami yang telah beriman terlebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang2 yang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang’ (alHasyr 10)

moga2 diriku terselamat dari sikap yang menjangkiti ramai generasi muda hari ini..aku serahkan segala usaha2 dan mujahadah generasi awal kepada Allah untuk dinilai..dan menjaga lidahku dari berkata tentang perselisihan yang menimpa..sebagaimana tab’i dan tabi’in membersihkan lidah mereka dari berkata tentang perselisihan awal yang menimpa ummah ini (perselisihan antara penyokong Ali, Aisyah dan Mu’awwiyah)..

fahamilah Al-Baqarah, Al-Hujurat dan Al-Hasyr..Sama2lah kita membersihkan jiwa2 kita dari 2 sikap ini..same2lah kita runtuhkan Empire Enggan dan Takbur binaan syaitan ini..perjuangan menegakkan Orde Baru Dunia bermula disini..di hati ini…

wallahu a’lam..

Œ

Œ

Post

bila Allah dikenali..

In Tadabbur on November 27, 2007 by harithroslizar

awalluddin ma’rifatullah..

man ‘arafa nafsahu arafa rabbahu..

tak kenal maka tak cinta..

tauhid rububiyyah..uluhiyyah..asma’ wa sifat..

Post

Khutbah Khas Untuk My Sisters

In Khutbah on November 22, 2007 by harithroslizar

Bagaimana Terbentuknya Sebijik Mutiara

Bahagian I

 

Apabila berita kedatangan tentera Kristian yang sedang bersedia untuk menghapuskan orang Islam di sempadan, sampai ke pengetahuan Abu Qudaamah Ash-Shaamee, dia terus bergegas ke mimbar masjid. Dalam ucapan yang menyemarakkan semangat, Abu Qudaamah berjaya menyalakan semangat masyarakat Islam untuk mempertahankan tanah mereka, iaitu Jihad kerana Allah. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari masjid, melewati lorong yang gelap dan terpencil, seorang wanita memberhentikannya lalu berkata, “As salamu alaykum wa Rahmatullah!”. Abu Qudaamah menghentikan langkahnya namun dia tidak memberikan apa-apa jawapan . Wanita tersebut mengulangi salamnya dan menambah, “Bukanlah ini pekerti seorang yang alim”. Dia maju ke hadapan sambil berkata, “Aku mendengar seruanmu di Masjid menggalakkan orang-orang beriman untuk mara berjihad dan apa yang ada padaku hanyalah ini….” Wanita tersebut menyerahkan dua utas tali kepadanya. “ Ia boleh digunakan sebagai tali untuk mengawal kuda. Semoga Allaah, ‘azza wa jall, menuliskan aku sebagai salah seorang yang mengikuti Jihad–Nya.”

Keesokan harinya tika penduduk kampung keluar untuk bersemuka dengan tentera musuh, datang seorang budak lelaki berlari menembusi perhimpunan tersebut dan berdiri di sebelah kuda Abu Qudaamah sambil berkata,“Demi Allaah, aku meminta izinmu untuk menyertai tentera ini.”Beberapa pejuang veteran mentertawakan budak tersebut. “Kuda-kuda ini akan memijak engkau,”mereka berkata. Tetapi Abu Qudaamah merenung jauh ke dalam mata budak tersebut bilamana dia mengulangi permintaanya, “Demi Allaah, izinku menyertainya.” Abu Qudaamah kemudian bersuara, “Hanya dengan satu syarat, seandainya engkau syahid, engkau akan membawaku ke syurga bersama-sama mereka yang engkau akan meminta shafa’at untuknya”. Budak tersebut tersenyum. “ Ianya adalah janji.”

Semasa kedua-dua pihak bertarung berhabis-habisan, budak tersebut yang duduk di belakang kuda Abu Qudaamah meminta, “Demi Allaah, berikan aku tiga bilah anak panah”. “Engkau akan mensia- siakannya!”balas Abu Qudaamah. Budak tersebut mengulangi permintaannya, “Demi Allaah, berikanku anak panah tersebut.” Lantas Abu Qudaamah memberikannya anak panah dan budak tersebut menumpukan tepat ke arah sasaran. “Bismillah!” Anak panahnya yang pertama tepat menembusi seorang pejuang Kristian. “Bismillah!” Anak panahnya yang kedua juga tepat menembusi pejuang Kristian yang kedua. “Bismillah!” Anak panahnya yang terakhir juga tepat menembusi pejuang Kristian yang seterusnya. Tiba-tiba, satu anak panah datang menembusi dada budak tersebut dan dia rebah dari kudanya. Abu Qudaamah segera turun ke sisinya, mengingatkan budak tersebut dalam nafas terakhirnya,“Jangan engkau lupa akan janjimu!” Budak tersebut menyeluk sakunya, mengeluarkan satu uncang dan berkata,“Tolong kembalikan ini pada ibuku.”“Siapa ibumu?” soal Abu Qudaamah. “Wanita yang menyerahkan dua utas tali kepadamu semalam.”

Renungkanlah kisah Muslimah ini. Bagaimana dia bisa mencapai tingkatan Taqwa ini di mana dia sanggup mengorbankan warisnya sementara para wanita zaman ini sanggup menggadaikan nyawa mereka asalkan anak mereka selamat di rumah. Sesungguhnya, wanita ini mengisi hidupnya dalam pengabdian kepada Allaah dan bilamana saat ujian tiba, dia berjaya melepasinya.Bukan sahaja dirinya sendiri lulus, malah anak lelakinya turut bersinar dengan keindahan Imaan yang sama, anak asuhannya sendiri.

Seringkali- mungkin dewasa ini bilamana kita jauh dari Sunnaah – segala syarahan, khutbah dan ceramah adalah ditujukan untuk Muslimin sahaja. Kita terlupa bahawa daripada Hady – panduan dan manhaj- Rasool Allaah, sal Allaahu ‘alayhi wa sallaam, adalah baginda akan memperuntukkan satu hari khas dalam seminggu untuk mengajar para wanita. Mereka akan mendatangi baginda sama ada semasa Hajj, di jalan-jalan malahah juga di rumah baginda sendiri untuk bertanyakan baginda soalan-soalan berkenaan Deen. Di waktu menunaikan solat Eid, setelah memperingati para pemuda, baginda akan ditemani Bilal ke bahagian wanita untuk memberikan peringatan. Allaah, subhaanahu wa ta’alaa, juga mewahyukan satu surah lengkap dengan nama Surah An-Nisaa’— para wanita, Surah Maryam dan juga Al-Mujaadalah – wanita yang meminta. Sebagai langkah menghidupkan Sunnaah ini, ucapan ini ditujukan khas buat semua wanita beriman, al-Mu’minaat.

Duhai saudari, duhai ibu, duhai anak perempuan. Setiap orang mengidamkan kebahagian dan keseronokan, dan saya pasti bahawa kamu juga tidak berkecuali. Namun, di manakah kebahagiaan dan keseronokkan ini? Serta di mana dan bila kamu inginkan kebahagiaan tersebut? Adakah kamu inginkan kebahagiaan, adakah kamu ingin menikmati keseronokan di dunia ini sebagai gadaian kebahagiaan di akhirat? Atau adakah di akhirat kelak, kamu inginkan kebahagiaan tika kamu menemui Allaah?

Ke mana sahaja kamu pergi, kamu akan melewati sekumpulan manusia, media dan budaya yang bersumpah kepada kamu bahawa sesungguhnya kebahagiaan bermaksud kebahagiaan di dunia. Adakah ini sebenarnya kebahagiaan? Di hari Pembalasan, Allaah akan mengambil seorang kafir yang paling ‘bahagia’ di dunia dan menghumbannya ke dalam Jahannam – api neraka. Kemudian, Allaah akan menyoalnya “Pernahkah kamu merasai sebarang kebahagiaan?” Si kafir tersebut akan menjawab “Tidak!”.

Sesungguhnya, kebahagiaan sebenar adalah kebahagiaan di akhirat, tanpa mengira apa yang berlaku di dunia ini. Allaah akan membawa di hari Pembalasan nanti, seorang yang paling banyak diuji dan menempatkannya di dalam Jannah- syurga. Kemudian, Allah akan menyoalnya “Pernahkah kamu merasai sebarang kesedihan? Dia akan menjawab “Tidak!”

Janganlah menyangka bahawa kebahagiaan dan keseronokkan ini semata-mata untuk kehidupan di akhirat. Ia juga adalah berkait rapat dengan kehidupan di dunia ini. Dengar dan fahamilah kata-kata Allaah:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan di dalan keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik( di dunia ini dalam kehormatan, kepuasan dan rezeki yang halal) dan akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan (iaitu syurga di Hari Akhirat).”Surah AnNahl (16:97)

Saudari sekalian, kamu perlu memahami bahawa kamu atau sesiapa sahaja bisa dimasukkan ke dalam neraka. Demi Allaah, sesungguhnya tidaklah kita setanding dengan puteri Rasool Allaah, sal Allaahu ‘alayhi wa sallaam, Fatimah. Baginda menyatakan kepada anaknya,“Wahai Fatimah, anak kepada Muhammad, mintalah apa sahaja yang engkau inginkan dari kekayaanku, kerana aku tidak berupaya membantumu apa-apa di sisi Allaah.” Maksudnya adalah “tiada bererti pertalian darahmu denganku, seadainya engkau tidak bekerja untuk Jannah, pernyataan bahawa ayahku adalah sekian dan sekian tidak berupaya membantu engkau sama sekali.”

Islam melahirkan ramai muslimat yang telah menyempurnakan Taqwa mereka kepada Allaah ‘azza wa jall. Bilamana gadis-gadis lain menggantungkan poster penyanyi kafir dan atlit kafir dan pelakon kafir, gantungkanlah di hati kamu poster Fatimah dan Mu’minaah ulung yang lain.

Aasiyah, isteri Fir’awn, imannya di sisi Allaah subur di sebalik bayang seorang yang berkata “Akulah Tuhan kamu, yang Maha Tinggi!” Apabila kabar tentang keislaman Aasiyah sampai ke pengetahuan Fir’awn, dia memukul Aasiyah di samping menyuruh pengawalnya menyiksa Aasiyah. Mereka mengheretnya di bawah terik matahari, mengikat tangan dan kakinya, dan memukulnya berulang-ulang kali. Kepada siapakah Aasiyah mengembalikan dirinya? Dia kembali kepada Allaah! Dia berdu’aa, “Yaa Tuhanku, binakanlah untukku sebuah rumah bersama-samaMu di syurga dan selamatkanlahku daripada Fir’awn dan amalannya, dan selamatkanlahku daripada golongan yang zalim.”

Adalah diceritakan bahawa ketika Aasiyah berkata sedemikian, langit dibukakan untuknya dan dia melihat rumahnya di Jannah. Dia tersenyum. Pengawal yang melihat keadaannya terkejut – dia diseksa, dan masih bisa tersenyum? Dalam kekecewaan, Fir’awn mengarahkan untuk dibawakan batu yang besar dan dihempaskan ke atas Aasiyah, agar dia mati dihempapnya. Namun, Allaah mengambil nyawanya sebelum batu tersebut dibawakan, dan sesungguhnya dia terukir sebagai contoh kepada semua orang beriman, lelaki dan perempuan, sehingga akhir zaman:

Dan Allah telah membuat isteri Fir’awn sebagai perumpamaan kepada orang-orang yang beriman ketika dia berkata, “Yaa Tuhanku, binakanlah untukku sebuah rumah bersama-samaMu di syurga dan selamatkanlahku daripada Fir’awn dan amalannya, dan selamatkanlahku daripada golongan yang zalim.”Surah at-Tahreem (66:11)
Bilamana kita berbicara soal Jihad dan para shuhadaa’—mereka yang mati shaheed, tahukah kamu akan Muslim pertama yang dibunuh di jalan Allaah? Dialah Sumayyah, ibu kepada ‘Ammar. Apabila berita pengislaman keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Abu Jahal, dia memukul dan menyeksa mereka sekeluarga, dengan penuh kejam hinggakan bilamana Rasool Allaah, sal Allaahu ‘alayhi wa sallaam, melewati mereka saat keimanan mereka diuji sedemikian rupa, baginda hanya mampu berkata, “Bersabarlah, syurga menantimu!”

Abu Jahal menyeksa Sumayyah pada suatu hari sedang dia nekad untuk tetap bersama Deennya, dan sikap Sumayyah ini menaikkan darah Abu Jahal. Dia mengambil sebilah lembing dan menyula Sumayyah sedang Sumayyah terlantar di atas pasir yang panas sambil menghalakan pandangannya ke langit. Dialah orang yang pertama daripada keluarganya dan seluruh ummah, yang menemui Allaah sebagai shaheedah.

Saudari sekalian, suri teladan kita datangnya daripada Al-Quraan. Kamu mungkin pernah mendengar kisah seorang budak dan raja. Bilamana seluruh kampung tersebut memeluk agama Islaam kesan daripada kematian budak kecil tersebut, si raja mengarahkan agar dinyalakan api yang marak, dan barangsiapa yang berkeras daripada meninggalkan agamanya, akan dibakar hidup-hidup. Seorang muslimah berdiri di sisi api tersebut bersama-sama dengan bayinya. Dia merenung tajam anaknya, dan melihat anaknya yang kecil dan suci, dia berkira untuk beralih arah. Tiba-tiba, bayinya berkata kepadanya,“Apa yang membuatmu tertunggu wahai ibuku? Maralah sesungguhnya engkau berada di jalan yang benar!” Si ibu mengangguk akur. Kemudian, dengan bayi di tangannya, dia mara kepada ajalnya.

“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. KepadaNya kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. Surah Al-Burooj (85:8-9)

Duhai saudari, suri teladan buat kamu datang kepada kamu dari hari ini. Sepertimana yang diceritakan oleh anaknya, seorang wanita di sebuah perkampungan Muslim percaya bahawa segala perkara sia-sia yang berlaku dalam perhimpunan para wanita adalah sesuatu yang dia tidak sukai. Dia mengisi masanya dengan mendirikan solat dan berjaga malam untuk qiyaam al-layl, dan ketika usianya semakin meningkat dia memanggil anaknya, suatu hari, daripada bilik solatnya. Kata anaknya, “ Saya memasuki bilik dan ibuku sedang bersujud dan mengatakan bahawa dia telah lumpuh.” Anaknya membawa ibunya kepada doktor dan dia memulakan kitaran pemulihannya walaupun peluangnya untuk sembuh adalah tipis.Dia kemudian meminta anaknya membawanya pulang ke rumah, membawanya semula ke bilik solatnya, membawanya semula ke sujudnya. Sedang wanita tersebut berdu’aa kepada Allaah dalam sujudnya, dia memanggil anaknya pada waktu malam. “Astawdi’ukallaah alladhee laa yadee’u wa daa’i’uh – Kuserahkan kamu di bawah penjagaan Allaah, dan sesungguhnya apa sahaja yang berada di bawah penjagaan Allaah tidak akan sia-sia.” Wanita tersebut meninggal dunia dalam sujudnya. Badannya telah kaku dalam keadaan sujud dan jenazahnya dimandikan dalam keadaannya sujud. Solat jenazah ditunaikan ke atasnya dalam keadaannya sujud. Mereka membawa jenazahnya ke kubur dalam keadaannya sujud. Oleh itu, mereka mengebumikannya dalam keadaannya sujud. Sabda Rasool Allaah, sal Allaahu ‘alayhi wa sallaam, “kita akan di bangkitkan sepertimana keadaannya ketika kita mati.” Sesungguhnya, wanita tersebut akan dibangkitkan di Hari Penghakiman dalam sujud kepada Allaah- Jalla Jalaaluhu wa taqaddasat asmaa’uhu – kerana demikianlah bagaimana dia hidup dan mati.

Bahagian II

Terdapat banyak kisah lain yang kita tahu berkisar tentang keimanan seorang ibu, seorang isteri, serta seorang wanita, dan banyak lagi kisah yang hanya Allaah mengetahui bilangannya. Bilamana halaqah dikendalikan, hadirin wanita melebihi lelaki. Di University Terbuka Amerika, majoriti penuntut adalah di kalangan wanita.Hadirilah perhimpunan guru-guru Islaam/sekolah Islaam atau ceramah dan kamu dapat melihat ketidakseimbangan antara hadirin wanita dan lelaki.Kadangkala, adalah amat menyedihkan apabila melihat lelaki kekurangan motivasi sepertimana yang ditonjolkan oleh wanita. Namun begitu, jika terdapat satu petanda yang cantik dalam semua ini – in shaa’ Allaahu ta’aala — wanita-wanita inilah yang akan melahirkan sepasukan lelaki dan wanita berimaan dalam generasi akan datang. Wa Allaahu akbar!

Sewaktu Imam Ahmad masih kecil, bapanya meninggal dunia. Beliau sering menceritakan kepada anak muridnya tentang perit jerih yang dilalui ibunya dalam membesarkannya, dan dia akan berdu’aa untuknya. Dalam kedinginan malam di Baghdad, ibunya akan bangkit jauh lebih awal darinya untuk menjerang air agar anaknya, Ahmad bisa berwudhoo’ untuk Fajr. Kemudian dia akan membaluti anaknya dengan selimut, dirinya mengenakan Jilbab, dan memimpin Ahmad menerusi lorong yang gelap lagi dingin untuk tiba ke Masjid utama, seawalnya sebelum fajr semata-mata agar anaknya beroleh tempat duduk terbaik di dalam kelas.Anaknya Ahmad – pada waktu itu berada dalam darjah 2 atau 3- akan duduk sepanjang hari mentela’ah al-Quran dan Sunnah dan ibunya akan menantinya sehingga dia selesai agar dia dapat membawa Ahmad pulang ke rumah dengan selamat. Tika umur Ahmad mencecah 16 tahun, ibunya menyediakan sedikit wang dan makanan untuknya sambil berpesan, “Mengembaralah untuk mencari ilmu.” Imam Ahmad bertolak ke Mekkah dan Madinah dan tempat yang lain, dan bertemu dengan ramai ulamaak muktabar. Sesungguhnya, ibunya mendidik Ahmad menjadi salah seorang daripada empat Imaam yang terkemuka dalam Islaam.

Saudari sekalian, selepas semua ini, tanyalah seorang yang bukan Islam tentang apa dia mahukan daripada kamu? Adakah dia mahu kamu dibebaskan? Dibebaskan daripada apa? Daripada Allaah dan RasoolNya? Daripada Quran dan Sunnah? Daripada Jannah? Daripada Deen ini yang Allaah pilih buat kamu?

Dan apakah yang dia janjikan kepada kamu sebagai ganti? Kebahagiaan? Demi Allaah, tidaklah dia memilik apa-apa kebahagian untuk diberikan kepada kamu. Adakah dia berupaya memberikan kamu kasih sayang dan perlindungan daripada azab kubur, daripada malaikat yang menjaga neraka ataupun daripada maut? Mengapakah mereka mahu membebaskan wanita-wanita yang muda perawan? Mengapakah mereka tidak membebaskan golongan tua? Mengapa tidak mereka membebaskan golongan asli? Mengapa tidak mereka membebaskan banduan? Mengapa target mereka adalah golongan wanita muda, ramping dan tinggi, berumur dalam lingkungan 13 – 28? Dan mengapa seruan pertama mereka kepada kamu adalah melucutkan tudung kamu?

Ingatlah baik-baik bahawa teman- andai kamu menganggapnya sedemikian- kerana demi Allaah, tiada keraguan lagi bahawa dia bisa menjadi musuh terbesar kamu di Hari Pembalasan kelak:

Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.Surah Zukhruf (43:67)

Seorang perempuan kafir menyatakan pandangannya terhadap wanita sebagai, “Ianya bukanlah tentang siapa dirimu, tetapi apa yang kamu pakai dan bagaimana rupa parasmu!” Dan dengarlah pandangan Fabian, seorang ‘model’ Perancis, komennya, “dunia fesyen menjadikanku boneka fesyen, sebuah patung kayu! Misinya adalah untuk memesongkan jiwa dan menjajah pemikiran. Aku belajar untuk menjadi seorang yang tiada bernilai, berjiwa kosong dan tidak berperasaan. Kami hidup di dalam dunia yang penuh kekotoran dengan unsur-unsur yang kotor.”

Ketika Rasool Allaah, sal Allaahu ‘alayhi wa sallaam, berdiri di banjaran Arafah dan menyampaikan ucapan selamat tinggal, baginda berkata kepada ummah, “Layanilah wanita dengan sebaik mungkin!” Sementara sejarah mencatatkan bahawa di Eropah, pada tahun yang sama Islaam mengetengahkan didikan ini, pendakyah Kristian berdebat sama ada wanita adalah manusia atau binatang. Golongan pendakyah ini merupakan nenek moyang golongan kafir yang mahu membebaskan kamu sekarang.

Terdapat banyak lagi yang bisa dibicarakan. Saya akhiri dengan nasihat daripada Rasool Allaah, sal Allaahu ‘alayhi wa sallaam, kepada setiap ibu, anak dan isteri Muslimah, bahawa: “Jika seorang wanita memelihara solat lima waktunya, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara dirinya daripada zina dan mentaati suaminya, akan dikatakan kepadanya, ‘ dari mana-mana pintu yang kamu suka, masuklah ke dalam Jannah!” Saudari sekalian, itulah tempat yang kamu hendak tujui.

Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allaah dan Rasool apabila dia menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allaah membatasi di antara seseorang dan hatinya, dan hanya kepada-Nya kamu semua akan dikumpulkan. Surah Al-Anfal (8:24)

Allaah dan RasoolNya menyeru kamu kepada kehidupan hakiki. Wahai Muslimah, sahutlah!

Muhammad Alshareef

Al-Maghrib Institute, USA.

Post

Pre-Cuti2 Malaysia

In Detik2 dalam HidupKu on November 22, 2007 by harithroslizar

 

Exam: Faiza faraghta fansob

Alhamdulillah, petang semalam dah settle exam 3rd Year..syukur yang sebanyak2nya pada yang Maha Mengetahui..hanya dengan kehendak dan inayahMu aku mampu untuk berusaha mendalami setitik dari lautan ilmu yang Kau izinkan manusia fahami..(lautan ilmu yang Allah izinkan kite fahami tu pun sebenarnya bagaikan setitik je air laut kalo nak dicompare dengan ilmu yang Maha Mengetahui..hmm kerdilnya diriku ini).. i reckon it is the hardest semester of the whole BMed course in Newcastle Uni.. Mmg perasaan relief tu menggunung2 ke awan..keinginan untuk rehat sebentar dari menelaah manual of Medicine Harrison’s, Clinical Medicine Kumar and Clark, Robbin’s Pathologic Basis of Disease, Toronto Notes, past papers dan lecture2 notes yang immense tu dikurniakan Allah akhirnya..nikmat2.. :) hmm..macamane lah perasaan ‘rehat versi Syurga’ yang Allah kurniakan pada hamba2nya yang tak berhenti2 berjuang semasa di dunia ni..pasti menggunung2 ke langit syurga jugak..langit syurga tinggi oOO..sila2 le tengok ayat2 dan hadith2 berkenaan syurga untuk lebih mengenali syurga anda..moga2 bila dah kenal boleh cinta..patu lehla berusaha untuk bersama dengannya nnt2 :) siapa yang ada mase lebih boleh dengar ceramah2 Hereafter Series oleh Syeikh Anwar al-Awlaki (sekarang dalam penjara) tentang Syurga..kalo berminat..saya boleh copykan CD/DVD untuk anda..sila hubungi saya =)

 

Susah exam tu..tapi Allah sebutkan dalam surah asSyarh..

‘kerana sesungguhnya bersama setiap kesusahan itu ada kemudahan (5) sesungguhnya bersama setiap kesusahan itu ada kemudahan (6)’..

inshaAllah janji Allah itu benar..

Sekarang ni..im planning things that need to be done for my post-exam pre-cuti2 malaysia time..

Allah azza wa jalla sambung lagi dalam surah asSyarh..

‘Oleh itu apabila engkau telah selesai dari urusan2 hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula (7) Dan kepada TuhanMu tumpukan perhatian dan harapanmu (8)’

well..kekadang kite terpk mase bz2 study..pas abis exam nak buat ni nak buat tu..moga2 mereka yang mempunyai hati yang hidup memahami tuntutan Allah pada kite tentang apa yang perlu dibuat..same2 lah kita fokuskan kehidupan kita pada urusan akhirat sementara masa masih ade ye kawan2.. ;) teruskan solat2 hajat anda..qiam anda..quran dan ma’thurat anda..inshaAllah bersama segala kesulitan tu ada kesenangan..doakan saya jugak..

 

House-hunting: Rumah AUD 400 @ ISTANA SYURGA

In a few weeks time, our house ni dah nak abis contract..nak kene cari rumah baru for next year..punye la susah nak diaccept..5 kali merisik dan hantar rombongan, 5 kali tulah kene reject..ujian2..terima kasih le kepada sahabat2 yang tidak berhenti2 berjuang mencari rumah kita untuk tahun depan..moga2 pengorbanan anda diterima Allah..moga2 keikhlasan anda dithabatkanNya..memang impian semua manusia untuk ade rumah yang best..Rasulullah pun pernah diriwayatkan merekemenkan kenderaan yang baik dan rumah yang baik untuk dimiliki ummatnya (x igt sanad dan matannya..) hmm tapi tulah..muka2 kitorang yang tak cukup omputih ni kut menjadi salah satu sebab kene reject :) but inshaAllah shud be alrite..kepada bros2 NC..saje nak ingatkan diri ni dan anda semua..jumlah same2 tingkatkan usaha untuk mendapatkan rumah2 kat syurga nanti jugak..(and when i wrote rumah2..i really mean it..sebab mmg siapa masuk syurga tu nnt..memang inshaAllah rumah die banyak kalo die tahu cne nak invest..ni real estate akhirat VS real estate dunia nyer offer ni..strike your balance right!!)

Beberapa hadith tentang Istana di Syurga (kalo ade pakar2 hadith kat luar tuh..rase ade imam2 yang kate dhaif boleh diinformkan na..)

1. Daripada Ummu Habibah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari dan semalam, dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. (Muslim, no: 728)

2. Daripada Abi Umamah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya menjadi penjamin terhadap rumah di pinggir syurga kepada orang meninggalkan perbalahan walaupun dia yang betul, terhadap rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan berdusta walaupun dalam bergurau senda dan terhadap rumah di bahagian atas syurga bagi sesiapa yang memperelokkan pekertinya. (Abu Daud, no: 4800)

3. Daripada Uthman bin`Affan katanya sesungguhnya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membina masjid ikhlas kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah seperti itu di dalam syurga. (al-Bukhari: 439, Muslim: 533)

Haa..mudah bukan?

Subhanallah..tengah2 tulis entri ni..Peja datang bawak satu surat..dari Abg Insan katenye..surat untuk mintak derma bina /baiki masjid di Malaysia..luasnya rezeki Allah..dan mudahnya usaha2 nak beramal..untuk bros2 dan sis2 yang ade duit lebih bolehla sumbang2 sekadar mampu..moga2 dapat rumah kat syurga nnt :) Doakan kitorang dapat rumah yang best..ade beberapa lagi yang tengah dirisik.. ;)

oklah dulu..need to get ready for Ukhuwwah Night malam ni..(every Thursday nite, bros Nc berkumpul untuk makan2 dan bercerite dan bertazkirah..tgk2 movie/documentary yang ade manfaat etc etc..)

 

 

wallahu a’lam..

To be continued…

 

Post

Penjelmaan Kontemporari Fikrah Ikhwanul Muslimin

In Tokoh on November 13, 2007 by harithroslizar

 

 

As-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna, Pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin

Semasa Hasan Al-Banna menggerakkan Ikhwan Muslimin di Mesir beliau telah memberi penekanan terhadap ahli-ahli Ikhwan Muslimin agar tidak lupa memberi keutamaan terhadap enam fokus gerak kerja Islami. Enam gerak kerja tersebut termasuklah:

1. Berusaha untuk meningkatkan iman melalui kefahaman yang betul, hati yang tulus serta aqidah yang bersih

2. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Islam dalam sistem pemerintahan serta membantu mana-mana pihak di seluruh dunia Islam untuk memenuhi matlamat ini.

3. Menubuhkan kelab-kelab sukan bagi menggalakkan ahli-ahli menghayati kehidupan yang sihat dan cergas.

4. Menggalakkan penyebaran pengetahuan Islam dan syariah di kalangan masyarakat Mesir dan lain-lain.

5. Membangunkan prasarana ekonomi dengan menggalakkan ahli-ahli untuk menaja penubuhan sekolah-sekolah Islam, klinik-klinik dan projek-projek kebajikan.

6. Mewujudkan hubungan dengan Ikhwan dan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia Islam dan seterusnya.

Dengan memberi tumpuan terhadap interaksi langsung dengan masyarakat melalui kelab-kelab sukan, sekolah, klinik dan projek-prjek kebajikan, Hasan Al-Banna telah berjaya menterjemahkan dakwah Islamiyah secara praktikal.

Projek-projek sosial dan kebajikan adalah wahana bagi pembinaan pandangan umum atau public opinion. Hasan Al-Banna memahami dan melaksanakan prinsip public opinion leadership ini dengan baik. Ianya bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan itu maklamatnya juga adalah selaras serta menepati matlamat yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu mendekatkan masyarakat dan sistem pemerintahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan.

Hasan Al-Banna juga sedar bahawa tumpuan terhadap kerja-kerja sosial dan kebajikan tidak terpisah dengan usaha untuk menguasai instrumen-instrumen perundangan, politik dan ekonomi melalui satu sistem pemerintahan.

Dengan sokongan masyarakat terhadap dakwah dan khidmat kemasyarakatannya, Ikhwan Muslim sejak era Hasan Al-Banna hingga kini tidak pernah memisahkan usaha untuk memperluaskan projek-projek kemasyarakatan dengan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan melalui cara yang sah.

Namun sejarah telah menyaksikan bahawa setiap kali sokongan terhadap Ikhwan yang dicapai melalui kerja-kerja dakwah yang praktikal ini mahu ditingkatkan oleh rakyat melalui sokongan politik yang sah, maka setiap kali itulah ianya dinafikan secara kejam oleh rejim yang berkuasa ketika itu.

Sejak zama Raja Farouk, Jamal Abdul Naser, Anwar Sadat dan kini Husni Mubarak, trend dan tindakan sama terus dilakukan terhadap Ikhwan setiap kali sokongan rakyat semakin meningkat terhadap mereka.

Mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh Ikhwan selama hampir 80 tahun ini tidak pernah melunturkan semangat juang mereka. Berbagai pendekatan dan cara yang selaras dengan syara’ terus digerakkan oleh Ikhwan.

 

Syeikh Al-Imam Yusuf Al-Qaradawi

Kini pendekatan public opinion leadership yang bertepatan dengan fikrah Ikhwan Muslimin ini dilonjakkan oleh tokoh-tokoh pemikir dan ulamak yang mempunyai kaitan rapat dengan Ikhwan Muslimin. Tokoh paling utama memainkan peranan ini adalah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Saluran paling utama yang digunakan oleh Al-Qardhawi adalah media cetak dan elektonik serta internet. Al-Qardhawi mempunyai satu laman web peribadi yang komprehensif. Beliau juga memainkan peranan yang besar dalam pembentukan saluran TV terkemuka di Timur Tengah, Aljazeera. Bahkan, melalui pengaruhnya majoriti editor dan staf kanan Aljazeera adalah mereka yang ada sedikit sebanyak hubungan dengan madrasah Ikhwanul Muslimin.

IslamOnline.com satu sayap Aljazeera juga menjadi front bagi public opinion leadership yang diterima baol oleh masyarakat Islam seluruh dunia. Wikipedia turut membuat liputan yang agak menyeluruh tentang Al-Qaradhawi.

Selaras dengan madrasah tarbiyyah Hasan Al-Banna yang telah dilalui olehnya, Al-Qardhawi melaksanakan tugas ini secara kolektif. Beliau membentuk platform-platform dan forum-forum yang amat berkredibiliti. Dengan kerjasama ulamak bertaraf dunia, Al-Qardhawi telah membentuk pelbagai majlis ulama’, majlis fiqh, majlis fatwa dan badan-badan penyelidikan fiqh dan syariah di peringkat Amerika Utara, Eropah dan sedunia.

Tokoh-tokoh ulama’ yang menjadi anggota majlis-majlis ini walaupun mampu berdiri di atas kredibiliti mereka masing-masing, tetap tidak boleh dinafikan bahawa mereka adalah tokoh-tokoh yang sudah sedia dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin.

Penubuhan Ittihad Ulama’ Al-Muslimin Al-Alami atau Persatuan Ulamak Muslimin Sedunia pada tahun 2004 adalah satu rangka usaha untuk membentuk pandangan publik terhadap imej perjuangan Islam yang sebenar.

Berdepan dengan gagasan jihad global tajaan Al-Qaeda ekoran peristiwa 11 September 2001 yang menimbulkan kekacauan pandangan dunia tentang Islam dengan terorisme, Al-Qardhawi meletakkan perspektif sebenar perbezaan di antara jihad dengan keganasan.

Menolak tohmahan Islam militan berbanding gerakan Islam sah, Al-Qardhawi dan ulamak yang bersama-samanya telah berjaya membentuk pandangan umum yang tepat terhadap kedudukan dan pendirian Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Pandangan umum yang diterajui oleh Al-Qardhawi inilah yang mendahului jalan ke arah usaha yang dilakukan oleh Hamas dan calon-calon Ikhwan untuk terlibat secara besar-besaran dalam proses demokrasi di Palestin dan di Mesir.

Ittihad Ulamak yang ditubuhkan setelah pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq juga menjadi satu saluran pembentukan pandangan umum umat Islam seluruh dunia dan di Iraq sendiri tentang pendirian terbaik yang mesti diambil oleh mereka.

Dalam kenyataannya, Ittihad Ulamak telah menegaskan sokongannya terhadap jihad di Iraq. Mengutuk keras kehadiran tentera asing. Menegaskan bahawa tiada seorang muslim pun dibenarkan oleh syarak untuk membantu tentera penceroboh.

Mana-mana orang Islam yang menjadi anggota pasukan polis Iraq, diharamkan ke atas mereka untuk menyakiti mana-mana rakyat Iraq. Pasukan jihad di Iraq tidak dibenarkan menyerang anggota polis selagi mana anggota polis ini tidak menyakiti rakyat Iraq dan tidak mematuhi arahan tentera asing.

Ittihad Al-Ulamak juga menyeru agar pasukan jihad di Iraq untuk patuh kepada syariat berhubung dengan undang-undang jihad. Mereka tidak dibenarkan menyerang orang-orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan termasuk warga asing dan rakyat negara yang sedang menceroboh terutama yang menjalankan tugas-tugas kemanusiaan. Mana-mana warga asing yang ditangkap hendaklah dilayan sebagai tahanan perang menurut undang-undang Islam. Mereka tidak boleh dibunuh atau disakiti.

Di atas platform mana pun Al-Qardhawi mengeluarkan pandangannya, jelas ia adalah satu manifestasi baru penjelmaan fikrah dan dakwah Ikhwanul Muslimin di pentas dunia.

 

 

(Tulisan Abu Urwah, Siri Penulisan Fiqh al-Waqi’)

p/s- entri ini sempena Kongres Al-Quds Sedunia yang akan berlangsung di Turki antara 15-17 Nov ini. Acara ini akan dilangsungkan di Feshane International Fair Congress and Culture Center, Istanbul Turki. Ia merupakan hasil kerja sama antara Al-Quds International Institution yang diketuai Syeikh Al-Imam Dr Yusuf Al-Qaradhawi (sebuah lagi usaha public opinion leadership dari beliau), bermarkas di Beirut, Lebanon dengan Union of NGOs of the Islamic World (Turki) dan Union of Voluntary Organizations in Turkey (TGTV).

Selamat memimpin diri anda dan ummah!!

 

Post

Culture of Insults

In Ukhuwwah on November 9, 2007 by harithroslizar


“Neither defame one another, nor insult one another by nicknames. Bad is the name of lewdness after faith. And whoever does not repent, such are evil-doers.”

Some people are disposed to be rude and abrasive. They speak harsh words that show no strength of argument or evidence, but are full of insults and abuse.

There is nothing wrong with people disagreeing and arguing with each other, especially in these troubled and confusing times. However, the way to handle disagreements is with lucid arguments and temperate speech. A person’s mode of discussion should show the purity of his intentions, the strength of his intellect, and the nobility of his character.

It is apparent to everyone that the Muslim world is being stifled by numerous crises. It is like a ship being tossed about in a storm and the people on board are afraid that they will drown. Their voices all mix together. Some voices are merciful and concerned. Some are calm. Others are angry and seething. Then there is that voice that spews forth curses and insults left and right – but that voice always spares itself. Indeed the worst possible person is the one who sees only good in himself and evil in everyone else (nauzubillahi min zalik) Our brothers and sisters are part of ourselves, and we need to esteem them with the same regard that we esteem ourselves.

The Internet has provided us with a new way to insult and defame each other – the electronic insult (ie the blogs, websites and forums). Now people can disseminate their insults and slanders free of charge and without any accountability, and have their names published along with their choice of words. Those who engage in this behavior openly are truly flaunting their own sinfulness.

The Internet also provides the opportunity to be anonymous, to hide behind a false name, and this allows the slanderer can forego all of his inhibitions. Unfortunately, sensible and balanced speech is often not much of an attention-getter. The electronic slanderer, on the other hand, is encouraged by the attention that he gets, both from those who support him and those who criticize him. He might even fool himself enough to think that he is making history!

This abuse of the electronic media is unscrupulous and unprincipled. Those who exhibit such behavior expose themselves as people bereft of values, people who are controlled by their basest passions and by the blindest of anger, and who are motivated by petty spite. Those who think that they are upholding the truth or defending the faith by behaving in such a way are only the more deceived.

Those of us who wish to keep on the straight path in this culture of insults need to do the following:

1. We can turn away from such behavior and from those who exhibit it. One of the Prophet’s characteristics was that other people’s ignorant behavior only made him behave more gently.

2. We can respond with something better. This means that we can pray to Allah on behalf of the other person and beseech Allah to forgive him. We can say something nice and counter a bad word with one that is good.

3. We must keep our composure and stay calm. Life is a long road, and we need rest and tranquility. Live your domestic life in contentment and serenity. Carry out your livelihood – be it commerce, industry, Islamic work, management, or whatever else Allah appoints for you in this world – quietly, serenely, patiently, and with a cheerful countenance. Do not pay any mind to those voices that seek to bring you down.

4. We should not waste time responding to and refuting what they say. Leave that to others. Not everything that we say is necessarily correct, and not everything that others say is wrong. We should spare ourselves the insults and abuses.

5. We must never let our animosities and other’s disrespect goad us into denying the truth, uttering falsehood, or persisting in an error. We must make self-assessment and self-correction our habits.

6. We should remember that we have committed mountains of sins. We have looked at forbidden sights. We have said things we should not have said. We have been neglectful in our duties. Allah, in His kindness towards us, chooses for us the easier afflictions of this world to expiate for our sins or to elevate our status or to bring us to heights that we could never have reached with our good deeds alone.

Source:
“A Modern Culture of Insults” – Salman al-Oadah

Post

Behind That Man..

In Tokoh on November 8, 2007 by harithroslizar

“Di sebalik kesuksesan seorang lelaki di sana ada peranan seorang isteri” ungkapan ini cocok bila disandangkan kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneya yang berhasil memimpin parti Hamas dan sekarang memimpin rakyat Palestin. Isterinyalah yang telah mendorongnya menjadi pemimpin besar, pemimpin gerakan Islam pertama yang berhasil menjadi pemimpin Nasional. ‘Siapakah wanita yang berada di balik keberhasilan Ismael Haneya ?’.

Berikut ini hasil wawancara Khadrah Hamdan dengan Isteri Ismael Haneya, Amal Muhammad Haneya Uqailah yang lahir pada tahun 1963 di kem pengungsian Shate, Gaza. Khadrah Hamdan berhasil mewawancarainya ketika ia dan suaminya melaksanakan rukun Islam yang kelima di Makkah al-Mukarramah. Ia bercerita banyak tentang kehidupannya, teman hidupnya, Haneya, berikut peranannya dalam mendorong suaminya menjadi tokoh besar seperti sekarang ini, dan beberapa orang yang dikenal dalam hidupnya.

Umur 16 tahun

Hajjah Amal telah dijodohkan dengan Haneya sejak berumur 16 tahun. Antara ia dan suaminya tidak terlalu jauh dari sisi usia. Namun sejak itu Amal menghilang, tidak diketahui khabar beritanya kecuali oleh beberapa kerabat dan tetangga dekatnya. Amal meninggalkan belajarnya, ketika Haneya melanjutkan kuliahnya yang dibiayai oleh ayah Amal yang merupakan saudara kandung bapa Haneya. Dialah yang membiayai pendidikan Haneya sejak kecil, kerana ayah Ismael Haneya sudah meninggal ketika Ismael masih bayi. Muhammad Haneya kemudian mengahwinkan anaknya (Amal) dengan Ismael Haneya sambil terus membiayai kuliah Ismael hingga ia memperoleh kelulusan Bachelors jurusan Bahasa Arab dengan nilai cum laude. Ia juga yang membelikan mahar bagi Amal dan menempatkannya bersama anak tunggal saudaranya.

haneyaq.jpg

Masa-Masa Sulit Ketika Ditinggal Suami

Setelah Amal menikah dengan Ismail Haneya yang suka dipanggil dengan Abu Abdis Salam, sering kali Ummu Abdu Salam ini sendirian dalam waktu yang lama. Menurut cerita Amal, suatu saat ketika Abu Abdisslam masih sekolah, selepas pulang dari sekolah, ia terburu-buru melemparkan begnya kemudian pergi ke padang dan bermain bola bersama teman-temannya. Setelah bermain bola, ia makan roti sandwich dan minum minuman yang berkarbonat bersama teman-temannya. Terus bersembang hingga larut malam, terkadang sampai jam 2.00 pagi. Ketika Ismail masuk universiti, intensiti kesibukannya semakin luas, sehingga jarang bertemu dengan keluarga. Terutama ketika ia menjawat wakil ketua dewan mahasiswa lalu menjadi ketuanya.

Dalam sambutan di suatu majlis Universiti Islam Gaza, Ismail Haneya mempersoalkan tentang pekerjaan apa yang akan diperoleh ratusan alumni Universiti Gaza. Ketika itu, acara tersebut dihadiri juga oleh Ketua Sekolah Tinggi Agama Al-Azhar, Dr. Muhammad Awad dan Rektor Universiti Islam Gaza, Dr. Muhammad Shiyam. Keduanya menyatakan, di akhir majlis, bahawa Ismail Haneya akan dijadikan pegawai di Universiti tersebut.

Pada tahun 1987, Ismail Haneya mendapat tugas mengajar. Setelah selang dua bulan, ia mendapat gaji pertama dari hasil keringat mengajarnya berjumlah 900 shekel (mata uang Israel, 1 dollar = 4 Shekel). Dengan gembira ia pulang dan memanggil isterinya, ‘Ya Ummu Abd, gembiralah apa yang aku bawa ini, belanjakanlah apa saja sesuka hatimu !!’

Sebaik sahaja Ismael Haneya bekerja di Universiti Gaza, agen-agen zionis menyiasat kegiatan Haneya dan melapurkanya ke intelejen Israel. Pihak intelejen Israel menangkap Haneya dan memenjarakannya selama 12 hari.

Pada tahun 1987 Ismael Haneya kembali ditahan selama 12 hari lagi, kemudian ditangkap lagi dan dipenjara selama 6 bulan, lalu dibebaskan. Setelah 7 bulan ia menghirup udara bebas, kembali ia ditangkap dan dipenjarakan selama tiga setengah tahun dan membayar denda sebanyak 6,000 Shekel. Agar dapat keluar sebelum masa tahanan enam bulan habis, dengan susah payah mertuanya yang hanya bekerja sebagai nelayan di pantai Gaza harus membayar denda tidak berperikemanusiaan tersebut.

Penderitaan keluarga Haneya tidak berakhir sampai disitu. Pemerintah Zionis Israel kemudian mengeluarkan arahan dan mengasingkan Haneya ke Marj El-Zohor, wilayah selatan Lebanon. Selama dalam pengasingan, isterinyalah yang membiayai kehidupan keluarga dan ia juga yang membayar semua perbelanjaan, hanya untuk berbicara dengan suaminya tersebut. Keadaan ini mereka jalani selama sembilan bulan.

Setelah masa pengasingan berakhir, Haneya kemudian ditangkap oleh pemerintahan Otoriti Palestin dan dipenjara selama beberapa kali. Kehidupannya tidak sepi dari penderitaan, tapi Alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah. Ia (Ummu Abd) tetap bersyukur pada Allah telah diberikan suami yang taat beragama, bertakwa dan berdedikasi, ungkapnya. Ia juga menyatakan siap untuk berkorban lebih banyak lagi demi suaminya yang tercinta.

Ibu dari tigabelas anak ini mengaku telah biasa ditinggal-tinggalkan suaminya. Ia juga pernah menjual satu-satunya perhiasan yang ia punyai, iaitu mahar dan menyerahkan pada suaminya sebagai modal perjuangan. Sering kali ia harus berhemat dengan gaji suaminya dari Universiti Islam Gaza, untuk kehidupan sehari-harinya, terutama ketika suaminya di penjara.

Setelah suaminya keluar dari penjara Zionis Israel, terpaksa Ummu Abd menjual kendaraannya untuk memperbaiki rumah yang ia tinggal bersama bapanya yang hanya terdiri dari satu tingkat itu.

13 Buah Hati

Dari hasil pernikahanya dengan Abu Abd (Ismael Haneya), Amal (Ummu Abd) dikurniakan 13 putera dan puteri. Yang paling besar bernama Abdus Salam lahir pada tahun 1981. Disusuli oleh Hammam, lahir tahun 1983. Kemudian, Wassam lahir tahun 1984. Muadz, tahun 1985. Sina, tahun 1986 (sudah berkahwin), Butsainah yang lahir pada tahun 1987 juga sudah berkahwin. Ketika Abu Abd berada dipenjara tahun 1992, anak ke tujuh mereka lahir dan diberi nama Khaulah. Dan ketika Abu Abd berada di pengasingan iaitu tahun 1994, maka lahirlah anak kelapan mereka, yang diberi nama Aid. Diikuti oleh Hazim pada tahun sama, lalu Amirah tahun 1995, Muhammad pada tahun 1996, Latifah tahun 1998 dan terakhir Sarah baru berusia 3 tahun yang paling disayangi oleh si perdana menteri ini.

Ketika suaminya tidak ada, maka Ummu Abd-lah yang mengurus ke 13 putera-puterinya tersebut bersama ibu Ismael Hanya yang sakit. Sering kali tiap malam ia harus bergadang setelah sebelumnya mengajar anak-anaknya. ‘Sebagaimana Aku dulu membantu ayah mereka dalam tugas-tugas kuliahnya dan membantu dalam menghafal Al-Quran’, ungkapnya. Maka Aku sebaik-baik teman baginya di rumah dan mengatur rumah ini menjadi rumah sakinah, mawaddah wa rahmah. Tidak hairan bila Abu Abd kagum ketika ia pulang dari penjara dengan hasil pendidikan terhadap anak-anakku. Dan aku telah siap membantunya bila pun hingga hari ini.

0329_b35haneya.jpg

Usaha Pembunuhan Pertama

Pada tahun 2003, Abu Abd pergi bersama anak nombor dua, Hammam untuk mengunjungi saudaranya. Aku (ummu Abd) mendengar suara roket yang menghentam salah satu rumah di sana. Aku berdoa semoga tembakan tersebut tidak mengenai sesiapapun. Selang beberapa saat datang khabar bahawa tembakan tersebut mengenai rumah yang ditempati Syaikh Ahmad Yasin dan pejabatnya yang dijaga oleh Ismail Haneya, suamiku. Betapa aku tersentak mendengar khabar tersebut, kerana anak dan suamiku sedang berada di rumah Dr. Marwan Abu Ras yang berada dekat dengan rumah As-Syahid Syaikh Ahmad Yasin. Saat itu, aku berdoa kepada Allah semoga menyelamatkan anak dan suamiku.

Ketika aku melihat dia pulang dengan selamat, aku berlari ke luar rumah sambil tersenyum bersyukur melihat anak dan suaminya kembali. Di situ sudah ada ribuan kaum muslimin yang mengucapkan selamat kepada suamiku.

Sejak saat itu, ketika aku mendengar bunyi pesawat Israel di langit Gaza, aku membayangkan mendengar khabar kesyahidan suamiku. Memang untuk berpisah dengannya sangat berat, namun jalan hidupnya menentukan demikian. Penderitaan, kesengsaraan dan semua peristiwa yang telah aku alami membuatku selalu mengira-ngira suamiku mati di jalan Allah (Syahid) atau memperoleh kemenangan, atau berjalan sebagaimana biasa, seperti ini. Sebenarnya aku menginginkan dia syahid, sebagaimana aku pun menginginkanya.

Suamiku, Sang Perdana Menteri

Isteri yang baik adalah isteri yang mendorong suaminya dalam kebaikan. Begitulah yang dilakukan Ummu Abdusalam, isteri Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya yang mendorong suaminya ketika bertanding dalam pilihan raya umum parlimen untuk pertama kalinya. Ia sangat gembira menyaksikan gerakan Hamas, dimana suaminya bertanding, mencapai kemenangan dalam perjuangan politik di Palestin. Orang-orang telah memilihnya dalam tahap demi tahap pemilihan, terutama setelah pembentukan pemerintahan Palestin. Ummu Abd mengaku belum pernah melihat kecintaan yang begitu besar dari rakyat Palestin terhadap pemerintah seperti kecintaan mereka kepada pemerintahan Hamas ini. Sebagai contoh saja, ketika ia dan suaminya menunaikan ibadah Haji di Makkah Mukarramah, semua orang yang mengenalnya bersalam dengannya dan mengucapkan selamat serta mendokong terhadap Perdana Menteri Palestin ini. Mereka juga berebut bergambar dengan pemimpin ummat tersebut. Ia menambah, aku mendengar dengan telingaku sendiri bahawa kemenangan Hamas di Palestin telah menaikkan citra Islam di seluruh dunia dan memberikan harapan bagi rakyat lain untuk mendapat sepertimana kejayaan Hamas.

Seorang isteri yang sederhana tetapi perkasa dalam menghadapi tantangan dan cubaan dari pihak Zionis Israel yang tidak henti-henti berusaha menangkap suaminya..dialah Ummu Abdusalam, Amal binti Muhammad Haneya. Suatu ketika ia mengatakan pada seorang tentara Israel yang datang untuk menangkap suaminya, ‘jika kamu menghulurkan tanganmu akan kupatahkan kedua tanganmu itu !’. Sama halnya ketika datang seorang polis Palestin yang datang untuk menangkap pemimpin Gerakan Hamas ini. Ia mengatakan, ‘Kalian ini berkelakuan seperti Yahudi, sedang Yahudi tidak ada yang kembali ke sini’. Ia sendiri merasa terkejut dengan apa yang dikatakannya, suatu ketika ia makan bersama suaminya, hari esoknya suaminya sudah ditangkap oleh pasukan musuh.

Mengenai kehidupannya sekarang, Ummu Abd menjelaskan, ‘InsyaAllah aku akan tetap mendokong perjuangan suamiku untuk mempertahankan kedudukannya hingga habis tempoh jawatannya selama empat tahun. Suamiku tidak akan meninggalkan dari jawatannya. Kami optimis dapat membebaskan rakyat Palestin dari embargo internasional. Namun terakhir aku pernah berkata pada Abu Abd, ‘Wahai suamiku, engkau boleh turun dari jawatanmu, jika ada jaminan ditarik embargo dari rakyatmu, para pegawaimu yang hingga saat ini belum mendapatkan gaji !’.

Ummu Abd menegaskan, keluarganya yang terdiri dari 13 orang, empat diantaranya telah punya suami dan yang lainnya masih anak-anak, hidup sebagai rakyat biasa. Ia berharap isu bahawa keluarganya mendapat wang dari Hamas segera dihentikan. Kami tidak pernah menerima wang dari salah seorang anak-anakku yang sudah menjadi pegawai negeri iaitu Wassam yang berkerja di Pasukan Keamanan Dalam Negeri,’ tambahnya meyakinkan.

Wassam belum menerima gaji dari sesiapa pun. Ia juga pernah mengambil hutang sebagaimana para pegawai lainya. Sementara suamiku memberikan seluruh gaji pertamanya kepada keluarga yang ditinggal para syuhada. Adapun gaji kedua, kami infakkan sebahagiannya pada fakir miskin.

Rumah Yang Sederhana

Rumah yang ditempati sekarang ini bersama suaminya sangat sederhana untuk ukuran pemimpin negara. Ummu Abd mengatakan, ia tidak akan meminta perubahan bagi rumahnya tersebut. Rumah itu sudah dibina sebelum suaminya menjawat jawatan perdana menteri. Rumah yang terdiri dari dua tingkat itu dihuni oleh lima keluarga. Ummu Abd, anak-anak dan suaminya menempati tingkat pertama bersama anak sulungnya yang sudah berkahwin, Abdus Salam. Sementara tingkat dua ditempati oleh anak ketiganya yang juga sudah berkahwin. (asy/AMRais)

sumber: http://www.infoPalestin.com

Post

Aku Malas Membaca..

In Quotes on October 1, 2007 by harithroslizar

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: Tenanglah, percayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Al-Qaradawi)

 

P/s-Terjemahan Akh Muntalaq (lama tak ke temu)

Post

Bicara Ramadhan 4: Bulan Ukhuwwah

In Ramadhan, Tadabbur, Ukhuwwah on September 26, 2007 by harithroslizar

 

*Kitab Al-Umm li al Shafi’

 

Sajak Imam as-Syafie

Jika seseorang membalas persahabatanmu

dengan kepura-puraan

jauhilah dan jangan terlanjur memberi belas kasihan

banyak orang yang boleh mengganti kedudukannya

dengan meninggalkan, engkau merasa lebih nyaman

hati masih sanggup menahan sabar menanti sang kekasih

walau jarak terlalu jauh memisahkan

Tidak semua orang yang kau suka

akan suka kepadamu

dan tidak semua orang yang kauberi kesetiaan

akan membalas dengan ketulusan

jika persahabatan tidak tercipta secara alami

apalah erti sebuah cinta yang penuh kepalsuan

apalah erti seorang sahaba

jika sanggup mengkhianati sahabatnya

berubah sikap dari cinta menjadi dendam

melupakan keindahan hubungan yang pernah terjalin

membuka rahsia yang selama ini dijaga

apa erti kehidupan dunia jika tidak melahirkan

seorang sahabat nan setia, memegang janji

lagi baik hati..

Reminiscing events of Banting years……..

Wallahul musta’an